“Bukan orang gila.. dia mungkin ‘ahli syurga’..”, Kaunselor Tak Sangka Berjumpa Semula ‘Kawan Lama’, Sebak Tengok Tempat Tinggal Bawah Tangga

Dalam kehidupan ini, semuanya sudah tertulis oleh Allah SWT termasuklah perjalanan hidup kita. Ada yang bernasib baik, cukup makan pakainya, namun ada juga sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, bagi kita yang berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan selagi boleh. Usah menghina kerana kita juga belum tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Persis satu perkongsian di Facebook oleh kaunselor di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Puspen Kuching, Nadia Hazmi yang sungguh sebak, membuatkan pembaca turut simpati.

Menerusi kisah yang dikongsikan oleh wanita itu, dia terjumpa bekas tahanan di pusat pemulihan yang pernah berada di bawah jagaannya di hadapan kedai serbaneka.

Lebih menyayat hati, tempat tinggal lelaki tersebut hanyalah di bawah tangga kedai sambil menunggu belas ihsan daripada orang ramai untuk diberikan sesuap nasi.

“Bukan orang gila.. dia mungkin ‘ahli syurga’..

“Hujung minggu lalu.. akak keluar seawal pagi dgn haluan ke pantai membawa sang putera menikmati indahnya alam & bermain hujan. Entah apa yang membawa kaki ke sini berhenti seketika mencari bekal kudap-kudapan di sebuah kedai serbaneka.

“Dalam perjalanan keluiar dari pintu kedai, terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu. Terdetik hati “org kurang waras agaknya.. kesian dia..”

“Tapi hati terasa nak menoleh kali kedua, dia tiba-tiba tersenyum gembira.. “Puan Nadia!!!”.. teriaknya girang.

“Terkejut.. eh.. dia kenal aku??

““Puan!! Puan ingat tak saya? Kurus la puan sekarang. Dulu puan mengandung kan masa puan jaga saya.”

“Masih terpinga-pinga dan cepat-cepat masukkan barang yang dibeli ke dalam kereta. Pesan kat putera berdua, mama nak jumpa kawan mama jap kat luar tu..

“Semakin akak menghampiri, terdengar suara abang-abang yang sedang mengopi di gerai sebelah.. “ehh jangan dekat-dekat sangat. Itu orang gila!”

“Akak tak peduli sebab wajah lelaki tu betul-betul macam pernah dikenali. Kalau masa mengandung dia boleh kenal, bermakna sudah 9 tahun berlalu lamanya.

““Awak ingat saya lagi? Nama awak siapa..”

““Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan..”

“Masya Allah, awak la Azlan. Awak boleh ingat saya lagi. Kenapa duduk sini. Mana keluarga awak. Tak duduk rumah ke, sekarang kerja apa?

““Org tua semua dah meninggal puan, rumah tak ada orang lain dah ambik. Sekarang tinggal kat bawah tangga kedai. Tak ada kerja tapi saya tak hisap dadah dah puan..” ujarnya dengan wajah polos, tulus dan ikhlas..

“Tersentuh sangat rasa hati. Bergenang air mata, bekas klien yang ini bukanlah macam kita. Orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya. Terjebak dadah kerana dianiaya, namun beginilah takdir hidupnya.

“Awak dah mandi,gosok gigi tak? Dah makan? Macam mana nak dapat duit kalau tak kerja. Sambil memeriksa kukunya memastikan dirinya terurus.

““Baru lepas mandi puan.. duduk-duduk je kat sini, nanti ada rezeki ada orang bagi makan..” ujarnya masih dengan wajah tersenyum begitu.

““Nak ambik gambar dengan puan boleh?

“Awak ada henpon ke?

““Takde.. guna henpon puan la.. Nanti puan simpan gambar saya jadi puan tak lupa saya lagi..”

“Ok.. awak senyum la.. saya simpan gambar awk..

“Ni apa yg awak genggam?

““Mainan saya ni puan.. saya buat sendiri.. boleh teman saya gi mana-mana.”

“Azlan.. jaga diri.. jangan terus macamni.. cuba cari kerja apa yang awak mampu.. kalau tak ada makanan.. minta elok-elok kat orang yang baik hati. Jangan mencuri, jangan ganggu orang nanti orang tangkap dan pukul awk..

““Tak puan saya tak kacau orang.. saya duduk diam-diam saja. Nanti puan datang la lagi tengok saya kat sini..

“Meninggalkan dia dengan sedikit bekalan dan senyuman.. akak berlalu dari situ.. bermuhasabah diri sendiri. Apalah daya nak mengatur jalan hidup semua yang pernah kita “jaga”.

“Mungkin takdir hidupnya sudah begitu, moga Allah sentiasa memberi perlindungan padanya. Dunia & akhirat..

“Tapi dari situ Allah juga memberi kita kebahagiaan, kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati. Bila mampu mengukir senyuman di wajah insan istimewa, nikmatnya lain. Rasa sedih namun terubat hati.. walaupun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna.” cerita Nadia, mengimbas kembali detik pertemuan mereka berdua.

Hantaran yang tular di laman Facebook