Gadis Tayang Tumbler Harga RM1.8K, Dapat Bawa Keluarga Tunai Umrah Hasil Titik Peluh Sendiri

Seperti yang kita tahu, ramai penggemar kedai kopi popular Starbucks sehinggakan ada yang mengumpul semua jenis tumbler mengikut musimnya.

Iospital phone repair gombak

Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya beratus ringgit mahupun beribu ringgit.

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan telah tular apabila dia memiliki dan membawa tumbler jenama kopi itu yang dikatakan dibeli dengan harga RM 1,800 ke sekolah telah menerima kecaman hebat daripada netizen.

“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya di ruangan video tersebut.

Manakala di ruangan kapsyen video pula, dia menulis “Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je.”

Susulan itu, gadis yang bernama Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau dikenali sebagai Piya, menyatakan bahawa gelas Starbucks yang dibeli itu daripada seorang pembeli peribadi (personal shopper) sememangnya berharga RM 1,800.

Memetik laporan MStar, gadis ini turut menjelaskan bahawa dia tidak kisah berbelanja barangan mahal kerana wang yang digunakan merupakan hasil titik peluhnya sendiri.

“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.

“Piya beli sebab minat dan rasa nak sangat dengan tumbler tu, jadi beli sajalah walaupun pembeli peribadi tu naikkan harga sampai RM1,800. Selain yang warna merah ni, Piya ada juga tumbler edisi lain, macam tahun 2022 warna ungu dan dibeli pada harga RM500.

“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” katanya.

Apabila diminta untuk mengulas mengenai video tersebut, Piya menerangkan bahawa ibu bapanya sudah sedia maklum mengenai video tersebut dan tidak pernah menghalangnya untuk membeli barangan mahal kerana ianya sudah menjadi suatu kebiasaan buat dirinya.

Bahkan, duit hasil titik peluh dengan perniagaannya itu juga sudah mampu membawa keluarganya ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama-sama.

“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.

“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.

“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.

Difahamkan, Piya meluahkan bahawa tindakan netizen yang mengecamnya sama sekali tidak memberi sebarang kesan selain membantu perniagaanya untuk lebih berkembang.

“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.

“Saya tak rasa apa-apa pun sebab memang betul harga RM 1,800. Harga yang netizen beli tu tahun 2021 iaitu RM400. Piya beli ni dah tahun 2023 dan waktu itu pun cuma tinggal lima unit sahaja di Starbucks.

“Piya tak bermaksud nak riyak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.

Video yang tular:

@putriluthfiya_ Rasa dia macam menyesal je beli mahal2 sebab air tu tak boleh turunkan berat badan piya 🤣 saka kurus dari #bebycurf je boleh turunkan berat badan piya, kalau korang nak turunkan berat badan boleh tekan link dekat bio piya ye 😘 #fyp #fypgakni #tumblerrhinestones #jutawanmuda #jomkurus ♬ suara asli – xhanxNvall🔥🐝 – XhanxNvall🔥🐝