“Siap silang kaki..” Selamba Letak Beg Dekat Tempat Duduk Kosong, Tindakan Penumpang LRT Ini Terima Kecaman Netizen

Seperti yang kita sedia maklum, kita haruslah sentiasa bertolak ansur dalam menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang digunakan oleh orang ramai.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi apabila terdapat individu yang lebih memerlukan tempat duduk, misalnya wanita mengandung, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Namun lain pula yang terjadi dengan kisah yang tular baru-baru ini, di mana terdapat penumpang yang seperti tiada ‘common sense’ meletakkan beg mereka di tempat duduk sebelahnya.

Sedangkan ramai lagi penumpang lain yang terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk yang kosong.

MEnerusi video yang dimuat naik oleh @yoesmadjanew di laman TikTok itu, dapat dilihat keadaan di dalam LRT itu dipenuhi dengan penumpang walaupun tidak sesak.

Kelihatan beberapa orang penumpang terpaksa berdiri sambil membawa beg pakaian mereka yang sangat besar.

Bahkan ada juga yang berdiri berdekatan dengan wanita tersebut, tetapi dia seakan tidak peduli.

“2023 wujud lagi ye kat malaysia manusia mcm ni 🤬” tulis kapsyennya mempersoalkan tindakan penumpang tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1.3M tontonan, 48.8K tanda suka, dan 4657 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkritik tindakan penumpang yang tiada ‘common sense’ tidak memikirkan penumpang-penumpang lain yang berdiri di situ.

Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman yang serupa di ruangan komen.

Antara komen netizen:

“Geramm jee tengok😂 dgn silang kakinyaaa😌”

“klu Sy ade sbelah rh mmg Sy angkat paper bag die letak bawah je..nk mrh mrh lah..xkisah n then Sy bgun bg je org yg lbih perlu duduk”


“sy sepanjang 9 bulan pregnant kdg berdiri ja sampai stgh jam , takda nya dorg nak bg duduk ,bkn tak nampak perut boyot , nampak jea….”

“Aku pernah naik bass ada satu makcik ,,dia letak bag kerusi kosong sebelah dia aku bilang makcik tu aku nak duduk situ tiba ii dia marah aku 😅”

Video TikTok yang tular:

@yoesmadjanew 2023 wujud lagi ye kat malaysia manusia mcm ni🤬#fyp ♬ Santai – Faizal Tahir