“Bayar untuk manusia ke barang?” Kena Caj Ekstra Hanya Sebab ‘Penuh Kereta’, Tindakan Pemandu Ini Dikritik Ramai

Dengan adanya teknologi yang serba canggih, pelbagai perkara boleh dipermudahkan misalnya aplikasi ‘e-hailing’ secara atas talian.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, masih ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tambahan yang tidak masuk akal kepada para penumpang.

Baru-baru ini, tular sebuah kisah di mana seorang wanita yang berkongsikan pengalaman kakaknya yang dikenakan caj tambahan hanya disebabkan membawa barangan yang banyak ke dalam kereta tersebut.

“Dari Target (pasar raya) ke rumah aku 3 minit je. Caj Grab harga RM6 lepastu ada penambahan RM5 kena bagi ‘by hand’ atas sebab bawa barang-barang yang dibeli.

“First time seumur hidup kena macam ni tau, padahal bukan suruh dia yang tolong bawa barang-barang tu sampai depan pintu rumah,” luahnya geram.

Dikatakan apabila bertanya mengenai alasan mengapa dia harus membayar caj tambahan tersebut, pemandu itu pula mengajukan soalan kepadanya sama ada perkhidmatan yang telah ditempah itu untuk manusia ataupun barangan yang dibawanya itu.

“Grab untuk manusia ke untuk barang-barang saya tanya kamu? Saya buat Grab ini bukan setahun dua tahun dik, dah lima tahun saya buat macam ni” kata pemandu itu.

Pelanggan itu menjawab kembali dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah dikenakan sebarang caj ekstra sebelum ini walaupun membawa barangan yang sangat banyak.

“Ikut awak lah nak bagi, bagi taknak bagi sudah. Next time kalau saya dapat job daripada awak, saya cancel je,” balas pemandu itu.

Difahamkan, pemilik video sudah pun membuat laporan terhadap pihak yang berkaitan dan pihak tersebut mengambil cakna dalam perkara ini.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu e-hailing tersebut.

Antara komen netizen:

“Aku siap ada yang pernah bawa toto tilam kipas penuh depan belakang, aku amik je n tak minta extra charge pun. Percaya je pada rezeki.”

“bukan ke kalau naik grab kita just bayar ikut price kat apps😳 asal plak tambah2 caj sendiri”


Video TikTok yang tular:

@_zynbl Spe yg bwk grab tu tlg explain jap mmg rule grab mcm ni eh? Kalau bwk brg2 yg kite bwk ada cas penambahan lagi? New rules grab 2023 ke ni? 😅 #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – BELL