“Siap selak langsir” Kucing Tersalah Rumah Lepas Merayau, Tak Pasal2 Pemuda Ini Kena Hantar Balik

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Sering kita lihat di media sosial ada sahaja telatah kucing yang mampu menghiburkan hari-hari kita.

Tidak kering gusi melihatnya apatah lagi jika kucing tersebut berwarna oren, bertambah-tambah lah lucu nya.

Selalu kita dengar postman, abang kurier dan rider je yang acap kali salah rumah bila nak hantar barang bukan? tapi lain pula kisahnya kali ini dimana seekor kucing dilihat tersalah rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @shahrilwokay2, kelihatan si bulus mengiau di hadapan pintu rumah pemuda ini.

Apabila pintu dibuka kucing tersebut dilihat tidak keruan dan menurut apa yang dimaklumkan lelaki ini di dalam video tersebut, kucing ini telah beberapa kali tersalah rumah.

“Ni tingkat 7, rumah hang tingkat 8.. salah rumah lagi” ujar lelaki ini.

Kesian melihat kucing tersebut yang masih terpinga-pinga mencari rumah, lelaki ini bagaimanapun menghantar kucing tersebut ke tingkat 8 dan si bulus ini kelihatan berlari apabila melihat tuannya yang berada di depan pintu rumah pada ketika itu.

Macam mana lah boleh tersalah rumah kan? lama sangat tak balik agaknya.

Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 355.7K tontonan, 43.3K tanda suka, 1125 komen dan 658 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat kucing yang tersalah rumah ini dan ada juga para netizen yang berseloroh mengatakan kucing ini keluar pandai, balik tak pandai.

Dalam masa yang sama, warganet juga memuji kegigihan pemuda ini menghantar kucing tersebut ke rumahnya semula namun mereka akui agak penat jika kucing tersebut buat perangai tersalah rumah tiap-tiap hari.

Antara komen warga maya:

“apa kata abang tukar je rumha dengan owner kucing tu.. settle masalah”

“saja singgah kot ada makanan sedap2”

“letih kalau hari2 nak hantar balik”


“kucing pun boleh silap rumah noh..”

“masalahnya kucing tu memang lupa ke buat2 lupa?”

“siap selak langsir”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.