“Potong sekejap je” Gunting Tali Beg Pelajar Lain, Netizen Puji Cara Ibu Nasihatkan Anak

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan malah dimedia sosial juga banyak kisah lucu dan sedih berkaitan dengan pelajar sekolah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki bertindak memotong tali beg seorang pelajar lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jaizizan, difahamkan seorang guru telah memaklumkan kepada seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada Ahmad Muadz dimana anaknya menggunting tali beg pelajar yang lain.

Susulan perkara itu, si ibu bertanyakan kepada anaknya adakah benar dia memotong tali beg pelajar lain yang dikenali sebagai Irfan Haziq namun jawapan anaknya benar-benar membuatkan orang ramai tidak kering gusi mendengarnya.

Muadz menjawab dia hanya ‘potong sekejap’ sahaja sambil menangis kerana takut dengan apa yang telah dilakukan.

Bagi memberi pengajaran, ibunya turut mengusik Muadz bahawa dia risau jika ada polis yang datang ke rumah kerana sikapnya yang memotong tali beg pelajar lain.

Sedar kesalahan anaknya, wanita ini memohon maaf dan ingin mengganti semula beg yang telah digunting oleh anaknya namun ibu kepada irfan enggan memberikan malah menyifatkan ianya hanya perkara kecil serta meminta agar ibunya tidak memrahi Muadz lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@jaizizanAhmad Muadz.Semoga menjadi pelajar yg terbaik kelak…aamin Allahumma aamin.♬ original sound – Jaizizan

@jaizizan #part2 Doakan ahmad muadz & irfan haziq #fypシ #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Jaizizan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 952.5K tontonan, 42.3K tanda suka, 2274 komen dan 1051 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Muadz yang selamba ‘potong sekejap’ tali beg pelajar yang lain.

Dalam masa yang sama, para netizen juga setuju dengancara ibunya mendidik anaknya agar tidak melakukan perkara yang tidak diingini.

Antara komen warga maya:


Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.