“Misteri kehilangan terjawab” Mayat Wanita Ditemukan Dalam Semak di Yong Peng, Disyaki Mangsa Bunuh

Hampir setiap hari kita dengar berita kematian dan jenayah di merata-rata. Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika berada di mana-mana.

Memetik laporan dari Bernama, seorang wanita berumur lingkungan 40-an disyaki mati dibunuh dijumpai dalam semak berhampiran sebuah kawasan perumahan di Yong Peng, dekat sini, semalam.

Penemuan tersebut telah merungkai misteri kehilangan wanita berusia 40-an yang tidak pulang ke rumah selepas berniaga.

Penemuan mayat pada pukul 8 pagi oleh orang awam

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata anggota Balai Polis Yong Peng menerima maklumat berkaitan penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 8.00 pagi tadi, daripada orang awam.

Mayat wanita ditemukan dalam semak

Jelas beliau lagi, sejurus menerima laporan berkenaan, sepasukan polis bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan sedang dijalankan

Difahamkan, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes ini mempunyai unsur-unsur jenayah, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Semoga siasatan lanjut dapat membongkar dan membuktikan apa sebenarnya yang telah terjadi kepada wanita berkenaan.