Connect with us

Viral

Siap Minta Rokok & Kutuk ‘Tuannya’, Jin Yang Merasuk Wanita Ini Sempat Ajak Ustaz ‘Membawang’

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Sering kali kita lihat di media sosial atau bagi siapa yang mempunyai pengalaman melihat orang yang kerasukan, sudah pasti kita sedia tahu bahaa orang yang dirasuk akan meracau menjerit dan menangis.

Terkadang dia mampu berikap agresif, bertutur dalam bahasa lain, menjadi seperti haiwan dan boleh berubah suara yang sangat garang dan menyeramkan.

Pun begitu, siapa sangka video kali ini sangat unk kerana wanita ini dirasuk oleh jin yang sangat kelakar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eddykayusof3, kelihatan seorang wanita yang kerasukkan sedang dirawat oleh seorang lelaki.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah gelagat jin tersebut yang sempat gelak dan mengajak lelaki tersebut ‘membawang’ tentang tuannya.

“tak.. tuan aku tu bodoh asik suruh buat kerja je..dia hantar aku biar aku buat kerja tapi aku tak buat kerja” ujar jin tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia juga kelihatan gketawa berkali-kali malah ianya juga menyebabkan lelaki yang merawatnya ketika itu turut tergelak.

“jangan lah sakit-sakitkan sangat..aku takkan keluar.. kau suruh aku keluar ape sal..aku suka dia..kau sape? aduhh aku suka dia” ujar jin tersebut lagi.

Lebih mengundang dekah, jin tersebut siap meminta rokok daripada ustaz yang merawatnya malah caranya menghembuskan asap rokok tersebut sangat kelakar!

Video yang tular di laman TikTok:

@eddykayusof3 #eddykayusof #fyppppppppppppppppppppppp #halausetan #fyppppppppppppppppppppppp #ekpusatrawatanislam #fyp #fypシ #fypp #fyp ♬ bunyi asal – EDDYKAYUSOF3

@eddykayusof3 part jin mintak rokok#ekpusatrawatanislam #halausetan #eddykayusof ♬ bunyi asal – EDDYKAYUSOF3

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 819.1K tontonan, 83.2K tanda suka, 4081 komen dan 4041 perkongian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa dan mengakui first time tak berasa seram melihat orang kena rasuk.

Berikut antara komen warga netizen:


Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)