“Siap lambaiii..”Tukar Lampu Di Puncak Tertinggi, Keberanian Wanita Panjat KLCC Buat Netizen Kagum!

Ramai daripada kita sememangnya takut akan ketinggian. Manakan tidak, bila berada di puncak paling atas sesebuah bangunan, bukit atau pun gunung, pasti macam-macam yang bermain di dalam fikiran.

Sebab itulah kini pelbagai aktiviti ekstreme yang diwujudkan bagi mengatasi perasaan takut kita seperti flyfox, bungee jump dan bermacam lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan aksi seorang wanita memanjat bangunan KLCC mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita tersebut yang merupakan seorang NDT Technician berada di puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan dia sedang melakukan tugas-tugas penukaran lampu di puncak tersebut sambil dibantu rakannya yang lain.


Dapat kita lihat, walaupun dia berada di tempat tinggi, namun dia sempat mengukirkan senyuman dan melambai ke arah camera.

Sekadar info, Bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang berada di ibu kota Kuala Lumpur ini mempunyai 88 tingkat dengan ketinggian 452.0 M. Bangunan ini juga menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.8 Bilion dan mengambil masa kira-kita 6 tahun untuk disiapkan.

Meninjau di ruanga komen, rata-rata warga netizen kecut perut melihat dia berada di puncak bangunan KLCC malah akui tidak semua orang berani menjadikan perkara tersebut sebagai satu pekerjaan dan punca pendapatan.

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan keberanian yang dimiliki oleh wanita ini.

Antara komen warga maya:
“Kalau dah kahwin mesti dia cerita kat anak dia, mak dulu klcc pun mak panjat.”

“Tengok ni je pun kaki aku dah berpeluh.”


“Hebatnya! Kita yang tengok kat phone ni pulak tangan berpeluh-peluh.”

“Dia yang panjat tangan aku yang mula sweating.”

Video yang tular di laman TikTok:

@siva_wwc6

Iron Lady spotted.

♬ Do I Wanna Know – Radio Tyrant

@mayasidek

nak kawan ke?

♬ original sound – Nazli 123 – Abang Lie ☔