Rider Sanggup Basah Kuyup Demi Hantar Pesanan, Sebak Tiba-Tiba Pelanggan Cancel Order

Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja berdepan risiko tinggi terlibat dalam kemalangan namun perlu berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
Iospital phone repair gombak
Itu belum lagi cerita tentang vendor ‘sidai’, kena maki dengan customer dan bermacam lagi cabaran.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider berdepan dengan situasi sedih mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @royalstout98, wanita ini berjumpa dengan kawannya yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan untuk Foodpanda.

Difahamkan, kawannya itu dalam perjalanan untuk hantar pesanan kepada pelanggan daripada KFC.

Tapi oleh kerana cuaca yang teruk, pelanggan tersebut bagaimana pun membatalkan pesanan itu.


Rider itu yang masih bingung tambah pula dengan kepenatan seharian bekerja, hanya mampu redha dengan segala ujian dan ragam pelanggan.

Bagaimana pun, kasihan melihat keadaan rakannya yang basah lencun dan lesu, wanita ini terus membeli semua makanan tersebut bagi membantu rakannya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bersimpati dengan nasib rider ini yang perlu menempuh cabaran sebegitu demi mencari punca pendapatan.

“Hujan panas tu makanan kami, kalau cancel order tu dah lemah semangat kerjanya”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dan berterima kasih kepada wanita tersebut kerana membantu lelaki ini dan mendoakan agar kedua-dua mereka dimurahkan rezeki.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga sempat berpesan pada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membatalkan pesanan supaya tidak menyusahkan para rider.

Antara komen warga maya:

“Walaupun saya ni bukan panda or grab tapi saya faham keadaan begini.. lagi2 masa hujan..”


“Kesiannya sis tak pernah cancel order kalau dorang lambat.. sebab taknak dorang bawa motor laju2.. bahaya, nak lagi dalam hujan, lagi laa”

“Aaaa sebab tu la saya tak nak cancel order, tau orang keje susah macam mana”

“Sampai hati cancel, kesiannya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@royalstout98 takpa. sy beli yang dicancel tu k😘❤️Stay strong smua kawan2 yg rmh dmasuki banjir k#fyp #fypsarawaktiktok #fypシ #banjir ♬ 08.08.2022 HATI LAIN DI HATIMU – Fabio asher