Order Sotong Celup Tepung Di Kedai Mamak, Wanita Ini Terkedu Melihat Portion Yang Diberikan!

Tidak dinafikan, harga makanan laut sememangnya semakin meningkat menyebabkan peniaga perlu menaikkan harga untuk lauk-lauk tersebut.
Iospital phone repair gombak
Jadi, tidak hairanlah jika ramai pelanggan yang takut untuk cedok lauk seperti sotong, udang, ikan dan kerang dengan kuantiti yang banyak kerana risau akan dicaj dengan harga yang tinggi apatah lagi bila di kedai mamak.

Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk mengambil sendiri daripada meminta pekerja ambilkan makanan itu.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan kawan terkejut melihat portion sotong celup tepung yang dipesan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @calviincho, dapat kita lihat mereka dedang lepak di sebuah kedai mamak yang masih lagi buka hingga larut malam dan menghidangkan pelbagai jenis makanan.

Selain maggi goreng bersama telur mata, mereka turut memesan sotong celup tepung untuk dua orang makan namun apabila sampai sahaja makanan tersebut, kesemua mereka tidak dapat menahan ketawa.


Manakan tidak, lihat sahajalah portion yang diberikan sangat banyak untuk dua orang makan malah mereka juga sempat bertanyakan perkara tersebut kepada pelayan.

Bagaimanapun, pelayan meyakinkan mereka bahawa itu memang portion yang diberi pada pelanggan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ingin tahu berapa harga lauk tersebut memandangkan harganya yang sangat mahal.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang membuat andaian mengatakan harga makanan itu mungkin lebih kurang RM30 hingga ke RM100.

Antara komen warga maya:

“Kena charge kurang kurang rm30”

“Confirm mahal.. cincai kira rm300”


“Terkejut masa order sampai, tengok lak terkejut masa bayar”

“Tunggu bayar hahaha harga meninggal”

“Kalau aku confirm kena basuh pinggan nak bayar”

“Kalau cedok nasi letak sotong ni 1 cedok rm25 tak silap.. kalau sepinggan macam ni..”

“Bawang je banyak tu.. makan mamak terasa T20”


Video yang tular di laman TikTok:

@calviinchoPlot twist: they finished it 👀

♬ Funny Song – Cavendish Music