Siap Curi Seluar, Aksi Lelaki Mengintip Gadis Dari Tingkap Tandas Rumah Undang Kerisauan Netizen

Kita sering kali diingatkan agar berhati-hati walau dimana jua kita berada kerana bahaya tidak mengira tempat dan masa malah terkadang di rumah yang kita anggap selama itu juga boleh mendatangkan bahaya.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini sempat merakamkan aksi tidak senonoh seorang lelaki yang mengintip seorang gadis mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di laman Twitter @iNadhrah, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Mutiara Ville di Cyberjaya.

Dapat kita lihat, seorang lelaki warga asing sedang memanjat untuk mengintai gadis di rumah melalui tingkap bilik air.

Lebih menakutkan, lelaki tersebut siap memegang seluar berwarna kelabu yang disyaki milik mangsa.

Berang dengan tindakan tersebut, perakam keluar daripada rumah dan memarahi lelaki berkenaan yang berkelakuan sangat tidak senonoh.

Lelaki itu yang terkejut apabila aksinya terkantoi bagaimanapun melari diri namun perakam sempat merakam mukanya dengan jelas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki berkenaan sekaligus memuji tindakan perakam yang mengumpul bahan bukti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: