Bising Buat ‘Live’ Sampai Kena Tengking, Wanita & Anaknya Akui Terkejut Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Pelihara adab dalam hidup berjiran sangat penting agar kehidupan bakal dipenuhi dengan kedamaian dan keharmonian.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian, kita haruslah sentiasa boleh bertolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.

Baru-baru ini, suatu rakaman ‘live’ TikTok telah tular yang memaparkan seorang wanita bersama anaknya dijerkah oleh jirannya mendapat perhatian warga netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @has1257 itu, dapat dilihat dia sedang membuat live bersama anaknya itu di halaman rumahnya.

Difahamkan, wanita itu pada awalnya sibuk berinteraksi dengan pengikutnya yang bertanyakan pelbagai soalan menerusi live tersebut.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba jiran wanita itu keluar daripada rumah lalu terus menjerit dan memarahi wanita itu.

Dikatakan, jirannya itu tidak berpuas hati disebabkan suara wanita itu yang agak kuat sehinggakan mengganggu ketenteramannya di rumah.

Lantas wanita itu hanya mampu tersengih malu dan turut meminta maaf berkali-kali sebelum bergegas menamatkan sesi live-nya itu.

Wanita itu akui bahawa dia berasa agak ‘down’, dan tambahnya ini merupakan pertama kali dia diperlakukan sebegitu oleh jirannya.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa kasihan melihat insiden yang berlaku kepada wanita bersama anaknya itu.

Dalam pada itu, ada juga individu yang menasihatkan wanita itu agar mengawal sedikit suara agar insiden yang sama tidak berulang kembali.

Antara komen netizen:

“Duduk berjiran ni mmg macam tu kak , sabar yaa . Jgn fikir2 sangat org tua mmg mulut dia kasarr tapi mungkin hati dia tak sampai macam tu”

“kalau terlalu kuat sampai boleh ganggu jiran, better jgn kuat kuat kak”


“Mgkn mau control volume suara tu sis. Kita sabahan mmg jenis besar suara, mau considerate juga dgn jiran2 lain. Apa lg sis buat live d luar kan”

“kalau mcm ni mmg susah hidup berjiran.kalau pakcik dtg rumah sy kemungkinan kena serangan jantung terus.Punya laa bising dgn speaker jiran tp kami oke”

Video TikTok yang tular:

@has1257 Bising bah aku buat live. Aku minta maaf tambah menjerit pacik tu🤣🤣 #ladyyans #kenamarah ♬ original sound – Lady Yans🧕🏻