“Satu dalam sejuta” Pilih Wanita Kerdil Jadi Isteri, Keikhlasan Lelaki Ini Raih Pujian Ramai!

Mencari pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Apatah lagi pada masa kini ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu barulah hati hati budi masing masing.
Iospital phone repair gombak
Hal demikian kerana ramai yang inginkan hidup selesa pada masa akan datang dan tidak mahu berdepan dengan apa-apa risiko.

Tidak cukup dengan itu, kadang rupa juga menjadi kayu ukur. Manakan tidak, ramai yang lebih memilih individu yang ‘perfect’ dari hujung rambut ke hujung kaki sehingga kita terlupa tiada seorang pun daripada kita adalah sempurna.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nashrul Ridhuan Mohd Nawi memilih wanita istimewa untuk dijadikan isteri mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, dia mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya itu di Kuantan, Pahang, pada 21 Januari lalu.

Pemuda berusia 21 tahun itu mengakui tidak menyangka detik perkenalannya bersama Nurul Anis Natasya Mohd Zawawi, 21, bermula daripada mesej di aplikasi WhatsApp.


“Saya dapat nombor telefon dia (kini isteri) daripada rakan dan mula hantar mesej. Tapi masa tu saya tak tahu penampilannya macam mana dan dia pun tak beritahu.”

“Sehinggalah setahun berkenalan, saya berjumpa dengan dia buat pertama kali selepas saya bekerja di pasar malam di Kuala Lumpur,” katanya

Pemuda ini juga akui tidak pernah melihat kekurangan pada isterinya yang merupakan pemegang kad OKU, sebaliknya insan istimewa yang menceriakan hidupnya.

“Bagi saya, isteri adalah seorang yang ikhlas dan pandai berdikari. Apa saja dia nak buat, dia akan usahakan betul-betul dengan sendiri.”

“Buktinya, dia sanggup susun sehingga enam kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak dan menyiapkan hidangan. Saya paling suka nasi goreng udang masakan dia,” ujarnya yang berketinggian 160 sentimeter (sm), manakala isteri 118sm.

Walau bagaimanapun, Duan yang berasal dari Bukit Besi di Dungun, Terengganu itu mengakui kadang-kala mereka menjadi perhatian ramai setiap kali keluar bersama.

“Mereka akan memandang, berbisik dan bercakap tentang kami dari jauh. Ini terutama kanak-kanak yang mungkin tak faham, tapi kami biarkan saja.”

“Mula-mula dulu mungkin rasa tak selesa, tapi lama-kelamaan kami dah biasa. Hilang perasaan malu kerana mengapa nak fikir apa yang orang lain lihat dan kata.”

“Alhamdulillah, keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Mereka lebih utamakan pilihan saya untuk dijadikan isteri,” katanya sambil menambah pernah bekerja dengan bapa mentua sebagai pemandu dan kelindan lori.

Selain itu Duan juga mendedahkan mereka berkongsi hobi yang sama iaitu berkaraoke.

“Saya juga boleh memasak, dulu pernah masak bihun goreng, mi goreng dan kuey teow goreng di pasar malam. Saya juga boleh masak dan bantu dia memasak di dapur.”

“Saya tidak melihat kekurangan pada dia, kerana saya sendiri ada kekurangan. Saya dan dia saling memerlukan,” katanya yang berhasrat untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Video yang tular di laman TikTok:

@nshrul.rdhuan "Setiap hidup adalah cerita. Terima kasih telah menjadi bagian dari cerita saya."❤️ #fyp #MYOPPOCNYCHOOSEJOY #bukanmaen🔥 #testviral #wedding #diary ♬ original sound – NA⚡️HRUL