Siap Calarkan Kereta, Tindakan Kedai Makan Bolot Parking Untuk Berniaga Undang Kecaman Netizen

Seringkali kita lihat di media sosial dimana tular tentang kereta yang di ‘block’ sehingga tidak dapat untuk mengeluarkan kenderaan bukan? namun selalunya yang block tu adalah kenderaan yang lain.
Iospital phone repair gombak
Tapi berbeza pula dengan apa yang terjadi kepada pemilik Myvi dimana keretanya tidak boleh keluar apabila kedai makan telah meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir lot sehingga ‘block’ keretanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @isusemasaviral, Kejadian dipercayai berlaku di sekitar kawasan Chow Kit, ibu kota dan kereta Myvi tersebut juga didapati telah calar dipercayai disebabkan perbuatan khianat pihak kedai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikn pelbagai reaksi tentang isu tersebut malah ada juga yang akui perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana kereta tersebut diletak di dalam lot parkir yang sedia ada.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan sikap peniaga yang selamba menggunakan petak parkir sebagai tapak perniagaan sehingga membuat khianat kepada kereta yang parkir.

Tidak cukup dengan itu, wargamaya berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap kedai makan tersebut yang bukan sahaja menyalah gunakan kotak parkir tetapi melakukan khianat kepada orang awam.

Sekadar info, pemilik Myvi tersebut juga didapati telah calar dipercayai disebabkan perbuatan khianat pihak kedai.

Antara komen wargamaya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: