“Siap buka pintu” Gelagat Pelajar Kena Bebel Masa Buat Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur!

Pelbagai ragam yang dapat kita lihat oleh pelajar memandu, ada sahaja benda aneh yang dibuat. Manakan tidak, pertama kali bawa kereta di atas jalan raya pastinya perasaan gemuruh itu ada.
Iospital phone repair gombak

Apatah lagi bila dapat guru yang garang, tentu makin berdebar dibuatnya. Tetapi sebagai guru, mereka perlu bersikap tegas supaya anak murid tidak mengambil remeh semasa sesi pembelajaran.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru memandu berleter panjang melihat gelagat pelajarnya memandu kereta di litar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @appypyna, kelihatan seorang pemuda sedang membuat latihan memandu di litar.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah muridnya banyak kali terlanggar divider kerana tidak tahu mengawal stereng kereta ketika memandu di roundabout.

Lebih kelakar, guru tersebut tidak berhenti membebel sambil memberikan arahan kepada pelajar itu.


“Bila tak pernah bawak apa2 kenderaan termasuk kete kontrol, dan kete teng.. stiring betul2 out.” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizne terhibur melihat gelagat guru berkenaan apatah lagi ketika pelajar tersebut membuka pintu kereta.

“Tak pernah tak kelakar video abang ni. Lama-lama kena darah tinggi abang ni mengajar” – Warganet

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berkongsi pengalaman masing-masing ketika membuat ujian memandu satu ketika dahulu.

Antara komen warga maya:

“Tak pernah tak kelakar video abang ni.. sedara mara dia datang.. itu pasal nak turun tu”

“Terlanggar langgar dah macam kereta control nampaknya tu”


“Hahahaha sumpah aku berdekah sebab teringat dulu pun sama belajar lebih pada tawakal”

“Kalau macam ni kan, kena gi main game kereta kat shopping mall dulu.. bagu merasa dulu pegang stereng”

“Tak pernah bosan dengar brader ni membebel hahaha lawak habis”

 

Video yang tular di laman TikTok:

@appypyna bila tak pernah bawak apa2 kenderaan termasuk kete kontrol, dan kete teng.. stiring betul2 out… #appypyna #gemokkchannel #fypシforyoupage #fypシ ♬ original sound – appypyna