“Mata masuk habuk..” Sering Beli Nasi Lauk Ayam Buat Isteri, ‘Uncle’ Kini Dapat Basikal Baru Undang Sebak Netizen

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan ujian dan cabaran hidup mereka yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Ada yang hidup dalam keadaan sukar, terlantar sakit, masalah kewangan dan sebagainya.

Oleh itu, kita haruslah mengamalkan sikap bantu membantu dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan kerana itu juga merupakan salah satu bentuk ujian yang telah diberikan kepada kita.

Terdahulu sebuah video pernah tular yang dimuat naik oleh seorang peniaga nasi lemak di Georgetown Penang mengenai pelanggannya yang mesra dipanggil sebagai ‘Uncle’ sentiasa berkunjung ke kedai makannya sehingga membuatkan ramai luluh hati melihatnya.

Difahamkan, Uncle itu sering memesan nasi putih bersama lauk ayam untuk isterinya di rumah.

Walaupun peniaga itu sering ingin memberikan hidangan tersebut secara percuma, akan tetapi Uncle selalu menolak.

“Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi. Selalu ambil lauk ayam untuk bini dia. Saya selalu nak bagi free dia tak mahu. Dia nak bayar juga. Saya suka gurau tengok dia gelak. Thank you uncle selalu mari beli,” katanya.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat peniaga itu sudah mesra melayan Uncle dan tidak kekok untuk bergurau dengannya.

“Last-last cakap dekat uncle, ikut uncle lah bayar berapa. Nak bagi free dia tak mahu. Uncle ni macam ayah saya. Saya pun yatim piatu takda ayah,” luah peniaga itu.

Manakala baru-baru ini pula, usaha murni peniaga itu untuk membeli basikal kepada Uncle akhirnya tercapai.

Berkat sumbangan orang ramai dan pertolongan ramai, kini Uncle dapat memiliki sebuah basikal untuk dia keluar mencari rezeki.

“Terima kasih penderma yang berhati mulia. Terima kasih Bigboss DFZ bagi diskaun, terima kasih Abang Man dan Kak Nor yang uruskan pembelian.

“Anda bukan sahaja buat uncle tersenyum, malahh uncle terkejut tergamam. Uncle ulang banyak kali nak bagi duit. Uncle tak percaya, uncle tersangat happy hari ini.

“Dia ingat saya nak bagi nasi lemak bila buka bonet dapat hadiah basikal. Uncle sangat happy. Saya tak pernah lihat uncle happy macam ni” luahnya menerusi video terbaharunya.

Meninjau d ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu dan sebak melihat usaha yang dilakukan oleh peniaga itu terhadap Uncle yang dianggap seperti ayahnya itu.

Walaupun berbeza kaum dan agama, itu bukan alasan baginya untuk tidak membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan.

Antara komen netizen:

“Kadang kadang kita pun binggung ada orang sanggup tolong walaupun beliau bangsa lain. Terimakasih kepada orang yang bantu dia. Terbaik.”


“touching 🥺🥺🥺 semoga murah rezeki tuan tt dan yang terlibat bagi sumbangan. semoga uncle sihat2 selalu ❤️❤️”

Video TikTok yang tular:

@ciksuegebu Replying to @fatinelle @Yasmin Redzuan @NMA @babybb88 @Norazlin @Dee @🌺MaMa YaNa🌺 @hez @tlv @Adik Halia @MatchaLatte🍵 @Eliadina Sousa @Rodziah @HRJ'S @RP• VORTEX N XIRTEX 🇮🇩×🇰🇷 @TSYA (@dfmotorwerkz @Basikal Penang ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama