Sering Dilihat Sebagai Pengacara, Ramai Tak Sangka Rupanya Fiza Sabjahan Terlibat Belakang Tabir

Sebut sahaja nama Fiza Sabjahan ni pasti ramai yang terngiang gelagat lucunya ketika mengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) kan?
Iospital phone repair gombak
Kebelakangan ini dia semakin menjadi perhatian ramai setelah beberapa rakaman video dirinya tular di media sosial termasuklah videonya bergurau bersama Mak Jenny iaitu ibu kepada seorang penyanyi, Nubhan.

Manakan tidak, Fiza di ‘reject’ secara live untuk dijadikan menantu oleh Mak Jenny sekaligus membuatkan ramai pecah perut melihatnya! Kata Mak Jenny, dia tidak boleh dijadikan menantu kerana gajinya besar.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian apabila rupa-rupanya dia bukan sekadar menjadi pengacara malah turut terlibat di belakang tabir.


Kelihatan juga Fiza Sabjahan disisi yang berbeza ditonton di kaca televisyen. Bakat serba boleh pengacara ini turut mengundang menjadi bualan ramai.

“Semua benda dia boleh jadi, min pun pening. Jangan ambil tempat min sudah”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui baru tahu tentang penglibatannya dibelakang tabir.

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan patutla Mak Jenny kata Fiza Sabjahan bergaji besar sebelum ini kerana rupanya dia bukan hanya bekerja sebagai pengacara.

Antara komen wargamaya:

“Baru tau Fiza kerja belakang tabir juga rupanya.. hebatlah Fiza”


“Sentiasa lawan serba boleh”

“No wonder Mak Jenny kato gaji ea bosa!”

“Serba boleh depan camera dengan belakang camera.. minat betul tengok fiza pengacara..”

“Ooo ingatkan tak pengacara duk tidur kat rumah rupanya ada kerja lain dia buat”

“Sebab tu Mak Jenny reject jadi menantu.. gaji bosa koba eh”

“Woww patut pun kena reject dengan Mak Jenny.. Kak Fiza hebat sangat.”


Video yang tular di laman TikTok:

@whitv3malaysia_official Replying to @cik sal semua benda dia boleh jadi, min pun pening. Jangan ambil tempat min sudah 😜 #whitv3 #lawak #fyp ♬ Flowers – Miley Cyrus