“Cute betul” Tular Wajah Mak Iti Tanpa Secalit Makeup, Comel Macam Budak Sekolah Bak Kata Netizen

Lumrah menjadi anak seni, pastinya akan menjadi perhatian ramai apatah lagi jika ianya merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penanyai yang mempunyai suara yang lunak dan merdu iaitu Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih senang disapa TokTi ini.
Iospital phone repair gombak
Bukan sahaja penampilannya yang sopan dan cantik malah TokTi juga merupakan artis yang kurang terpalit dengan kontroversi dek kerana sikap murninya. Jadi tidak hairan lah dia kini menjadi penyanyi kesayangan rakyat Malaysia dan mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri.

Bahkan pernah tular di media sosial dimana seorang wanita gugup apabila berada di depan TokTi sehingga lupa akan nama anak sendiri apabila ditanya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana penampilan wajah pelatun lagu Biarlah Rahsia itu menjadi perhatian ramai apabila tampil tanpa calitan solekan ketika membuat ‘live’ di media sosial.


Menerusi video dimuat naik oleh pengguna @m.s.zone, mereka seakan tidak percaya melihat seorang wanita menyerupai selebriti kegemaran mereka.

“Ini memang betul Mak Iti (Siti Nurhaliza) ke? Agak-agak? Ini Mak Iti tanpa mekap lah. Muka akak macam Siti Nurhaliza lah, hmm.. muka Siti Nurhaliza macam akak lah,” jawabnya ketika ditanya netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan muka TokTi seperti budak-budak masih berada di bangku persekolahan walaupun usianya kini sudah 45 tahun.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji wajah TokTi yang tetap cantik walaupun tiada secalit makeup di muka.

Antara komen wargamaya:

“Siti nampak muka budak2 sangat kalau tak makeup.. sebab tu orang confused kot..”

“Comelnya tanpa makeup nampak lagi muda..”


“Mcam muka budak sekolah.. cun lagi TokTi..”

“Baby face lah dato Siti.. serius ct tetap nampak lawa walau tanpa makeup.. nampak natural keayuan ct..”

“Ni muka zaman awal2 dia jadi penyanyi..”

“Teringat waktu mak iti zaman belasan tahun dulu.. chomel sangat2”


Video yang tular di laman TikTok:

@m.s.zone #sitiaafiyah #fyp #foryourpage ♬ original sound –