Terjerat ‘Scam’ Perangkap Kerja, Wanita Kongsi Hilang Simpanan 5 Angka Dalam Tempoh Seminggu!

Sekarang ini, terlalu banyak modus operandi yang digunakan oleh ‘scammer’ sebagai tipu helah mereka untuk mengaut wang mangsa yang terjebak dengan mereka.

Iospital phone repair gombak

Ada yang menggunakan modus scam cinta, scam LHDN, dan ada juga scam menggunakan perangkap kerja.

Memetik laporan MStar, seorang wanita berkongsikan kisahnya iaitu pada asalnya mahu mencari pendapatan sampingan menerusi kerja ‘freelance’ namun akhirnya kecundang selepas ditipu oleh scammer telah meraih perhatian warga maya.

Mangsa yang dikenali sebagai Fyqa Zainol, 28, dia dikatakan telah ditugaskan untuk menempah bilik hotel dan perlu membayar sejumlah wang sebelum total bayaran itu dikembalikan semula beserta komisen.

Semuanya hanya indah dari khabar sahaja, Fyqa akhirnya terjerat apabila dia terpaksa ‘mengemis’ untuk mendapatkan semula wang miliknya yang telah digunakan buat menempah bilik hotel yang sangat mahal.

“Aku baru balik dari balai polis dan bank untuk lapor kebodohan aku. Tak payah kecam-kecam, ini memang bodoh aku. Bodoh aku ialah aku join part time job,” luahnya menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @fyqaazainol.

Difahamkan, Fyqa mendapat tahu mengenai pekerjaan itu di laman Facebook sebelum memulakan tugas pertamanya pada minggu lalu.

“Saya jumpa dekat Facebook, dia kata part time job. Kerjanya macam online business. Kena keluar modal dulu untuk book hotel. Dia dakwa nak naikkan ranking hotel, untuk nampak macam ramai orang book. Jadi kita kena book, transfer duit dan mereka akan kembalikan duit itu dengan bayaran ekstra (komisen).

“Harga task pertama RM80, harga task kedua pula RM200. Saya buat task pertama dan kedua, dapat duit balik. Kemudian dia cakap kalau buat task ketiga, akan dapat RM168. Masuk task ketiga rupanya ada hidden instruction,” terangnya.

Katanya, tugasan berikutnya semakin sukar dan lebih memerlukan amaun wang yang banyak.

“Ada dua booking perlu dibuat dalam task ketiga. Harga task ketiga RM2,000. Saya kata tak mampu. Saya beritahu hanya mampu jika harga RM500 ke bawah saja.

“Saya kata saya dah tak mampu untuk hari tu, esok baru boleh transfer. Jadi esoknya saya transfer. Tapi saya kena buat overtime task pula, kena buat order lain untuk dapatkan balik duit saya.

“Pada masa ini saya baru dapat tahu, dalam overtime task pun kena buat dua order,” ujarnya lanjut.

Setelah menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan, tiba-tiba Fyqa dimasukkan pula ke grup premium yang memerlukan dia menyelesaikan tugasan lain pula sebelum wangnya itu dapat dikembalikan.

Setelah tugasan tersebut diselesaikan, pihak yang menyediakan tugasan itu meminta Fyqa untuk membayar amaun sebanyak 60% sebagai syarat untuk memulangkan semula keseluruhan wang miliknya yang digunakan dalam tempahan sebelumnya.

“Saya dah sampai overtime task, tiba-tiba mereka ucap tahniah sebab dah masuk group premium. Saya tanya kenapa saya masuk dalam ni? Mereka kata sebab transaksi saya dah sampai ke tahap yang melayakkan untuk masuk ke premium.

“Jadi kalau nak dapat duit balik, saya kena selesaikan order untuk group premium dulu. Duit daripada overtime task pun belum dikembalikan, tiba-tiba saya kena buat yang ini lagi. Lepas tu mereka submit ke pihak management untuk kembalikan wang saya.

“Management call dan kata tak boleh transfer sekali gus, sebaliknya kena guna dua akaun bank. Mereka juga minta saya bayar 60 peratus untuk dapat semula wang saya. Selepas bayar 60 peratus, rupanya ia untuk akaun pertama saja. Untuk dua akaun bank itu, kiranya semua kena bayar 120 peratus,” katanya.

Dikatakan, Fyqa mengalami kehilangan wang simpanannya yang mencecah 5 angka hanya dalam tempoh seminggu sahaja!

Fyqa akhirnya mengesyaki bahawa dia menjadi mangsa penipuan lalu bertindak membuat laporan polis di Butterworth, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

“Semua duit yang saya gunakan adalah wang simpanan sendiri, termasuk dalam akaun Tabung Haji. Akhirnya saya buat laporan polis pada Ahad. Polis kata banyak sangat kes macam ni. Saya trauma sebab dah tak ada duit langsung.

“Saya buat part time job ni bukanlah sebab nak cepat kaya. Awalnya untung dalam RM10, RM20 saja. Tapi saya teruskan task seterusnya sebab terdesak nak dapatkan balik duit yang saya dah bayar untuk booking.

“Saya tak berhenti sebab nak duit balik. Mereka kata settle dulu baru dapat balik duit saya,” tambahnya lagi.

Video TikTok yang tular:

@fyqaazainol Minggu terpaling down. Hilang semua duit dalam account. Tak sanggup nak sebut berapa K. Doakan semoga boleh dapat balik duit ni sikit untuk teruskan hidup 🥲 #trip.com #parttimejob #scammer #spreadawareness #call997 #scammeralert ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline