Seram! Anak Shakilla Khoriri Tunjuk ‘Kawan Comot’ Di Hotel Buat Ramai Meremang!

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah.
Iospital phone repair gombak
Seringkali kita dengar dimana ada sesetengah budak kecil yang hijabnya terbuka dan mempunyai ‘deria keenam’ yang membenarkan mereka nampak benda-benda ghaib.

Oleh itu apabila budak kecil memberitahu bahawa mereka ternampak sesuatu yang ganjil, sesetengah ibu bapa akan risau kerana anak mereka mungkin bercakap benar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak perempuan seorang pelakon bernama Shakilla Khoriri memberi tahu ‘sesuatu’ kepada ibunya sehingga membuatkan ramai seram!

Difahamkan kejadian berlaku ketika mereka berada di sebuah hotel dan dapat kita lihat anaknya berdiri di pintu hotel tersebut.

Menerusi video itu, kedengaran Shakilla bertanyakan adakah anaknya itu sedang marah dan kepada siapa? Namun anaknya dengan selamba menunjukkan ke arah yang sememangnya tiada sesiapa disitu.


Lebih menakutkan apabila Ameena memberitahu bahawa kawannya itu ‘comot’ kemudian sempat mengajaknya keluar bersama.

“Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa seram apabila anaknya bersikap sebegitu apatah lagi bila mengatakan ‘sosok’ tersebut dalam keadaan comot.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman masing-masing mengenai anak mereka yang terlihat benda-benda ghaib.

Antara komen warga maya:
“Alaaa Ameena. Jangan gitu aunty pulak seriau”

“Yang tak tahan dia sebut comot tu..Kalau sebut comel kurang sikit seram”


“Sebut comot pun aunty dan terbayang macam2”

Video yang tular di laman TikTok:

@shakillakhoriri Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…… 🫣😫🥺 #SKnASJourney ♬ original sound – shakillakhoriri