“Operasi Culik” Letak Kucing Dalam Beg Plastik Untuk Bawa Balik, Gelagat Nenek Ini Buat Ramai Terhibur

Bila bercakap tentang kucing, pasti ramai yang ‘geram’ dengan kecomelan si bulus ni bahkan ada juga kucing yang banyak ragamnya sehingga membuatkan kita terhibur.
Iospital phone repair gombak
Bagi pecinta kucing, tentu kita tidak sanggup melihat kucing-kucing terbiar di tepi jalan. Bermacam-macam yang bermain di fikiran, bagaimana mereka makan, tempat tinggal ketika hujan dan banyak lagi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang nenek membawa pulang kucing terbiar namun dia meletakkan kucing tersebut dalam beg plastik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kaklinaaircond, dari jauh kelihatan seakan nenek itu membawa barangan namun siapa sangka rupanya terdapat seekor kucing di dalam plastik itu


Difahamkan, nenek ini adalah pecinta kucing dan kucing yang dibawa pulang sebenarnya sakit dan dia ingin merawatnya di rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat nenek tersebut yang selamba memasukkan kucing ke dalam plastik untuk dibawa balik seolah-olah dalam operasi menculik.

Bukan itu sahaja, netizen juga berterima kasih kepada nenek tersebut kerana sudi merawat kucing yang sakit.

Antara komen warga maya:

“Muka buat macam tak bersalah.. tapi niat nak selamatkan kucing”

“HAHAHAHA bahaya ni kena buat report polis ni”


“Selamba jee dia boh kucing tu dalam plastik..”

“Hahahaha macam mama saya, suka culik kucing terbiar”

“Bukan orang je tak selamat, kucing pun tak selamat sekarang”


Video yang tular di laman TikTok:

@kaklinaaircond♬ original sound – &ltLina#

@kaklinaaircond Replying to @sue nieza ♬ Shollallahu Ala Muhammad – Mazroatul Akhiro

Comel betull.. elok pulak kucing tu duduk diam dalam plastikk.. ingatkan makcik beli sayur hahaha