[VIDEO] Perdana Menteri Umum Kabinet Menteri Yang Baru, Ini Senarai Penuh Kabinet Menteri 2020

Sudah dua minggu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan rakyat Malaysia ternanti-nanti barisan kabinet menteri yang baru.

Menerusi pengumuman di Facebook, Tan Sri Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri yang akan bersama-sama mentadbir negara.

Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri membuat mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada 9 Mac 2020 jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Berikut adalah senarai barisan kabinet menteri Malaysia yang baru:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali (Bersatu)

Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator) (MCA)

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Yaakob (Umno)

Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kewangan
Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakri (Umno)
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah (Umno)

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof (GPS)

Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu)

Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) (MCA)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed (Bersatu)

Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu)

Timbalan Menteri: Mastura Yazid (Umno)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Takiyuddin Hassan (PAS)

Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)

Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong (MCA)

Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)

Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator) (Umno)

Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan (MIC)

Timbalan Menteri: Awang Hashim (PAS)

Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa (Umno)

Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar (Bersatu)

Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun (Bersatu)

Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Pengajian Tinggi
Dr Noraini Ahmad (Umno)

Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dr Shamsul Anuar Nasarah (Umno)

Timbalan Menteri: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Dalam Negeri
Hamzah Zainuddin (Bersatu)

Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said (Umno)
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba (Umno)

Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu)
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee (Bersatu)

Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah (Umno)
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Abd Latiff Ahmad (Bersatu)

Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad (Umno)
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein (Umno)

Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi (GPS)

Timbalan Menteri: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah (Bersatu)

Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin (Bersatu)

Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin (Umno)

Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)

Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS)

Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng (MCA)
Timbalan Menteri II: Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri (GPS)

Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan (Star)

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique (Umno)

Timbalan Menteri: Tiong King Sing (GPS)

Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican (Umno)

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator) (Bersatu)

Video Pengumuman Barisan Jemaah Menteri 2020

Sebelum ini,Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.