“Abah is back!!” KJ Kembali Dalam Kabinet Menteri, Kini Bukan Lagi Menteri Belia & Sukan

Petang tadi, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan jemaah menteri baharu bagi kerajaan Perikatan Nasional.

Terdapat beberapa nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik negara dilihat kembali mengambil kedudukan masing-masing.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kelibat Khairy Jamaluddin yang terkenal dengan panggilan ‘Abah’ turut tersenarai sebagai menteri.

 

View this post on Instagram

 

Even if we’re just dancing in the dark.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

KJ telah diumumkan sebagai Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baharu manakala timbalannya adalah Ahmad Amzad Hashim.

Biodata Khairy Jamaluddin

Haji Khairy bin Jamaluddin merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Pada peringkat akar umbi, KJ merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Bermula dari Mei 2013 hingga Mei 2018, KJ telah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

Congratulations, MG J2. Amazing new home for the Southern Tigers. @hrhcrownprinceofjohor

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Beliau juga merupakan menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi.

Khairy dilahirkan di Bandar Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976 dan merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Datuk Seri Haji Jamaluddin bin Haji Abu Bakar dan Datin Seri Rahmah bt Haji Abdul Hamid.

 

View this post on Instagram

 

Slip inside the eye of your mind Don’t you know you might find A better place to play

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Bapanya Dato’ Jamaluddin merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom.

Ibunya pula Datin Seri Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Datuknya Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau.

Selain itu, Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Monnae Jamaluddin (kakak) dan Hannae Jamaluddin (kakak).

Khairy Jamaluddin dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.

 

View this post on Instagram

 

We woke up like this. Happy holidays!

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Jawatan politik Khairy Jamaluddin

2001 – 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2001 – 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2004 – Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia

2008 – Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.

2013 – 2018 : Menteri Belia dan Sukan