“Semua dua ringgit Je?” Reaksi Pelajar Teruja First Time Masuk Mr. Dollar Ini Undang Dekah Netizen

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Tidak dinafikan, ramai yang pantang jika masuk ke dalam kedai barangan mampu milik seperti DIY, Daiso, Ninso, Mr Dollar dan yang paling ‘famous’ adalah kedai ECO.

Manakan tida, harganya yang lebih rendah berbanding kedai lain membuatkan kita seperti ‘masuk hantu’ sewaktu membeli belah. Asalnya plan nak beli satu barang sahaja, sekali keluar daripada kedai penuh satu kereta! memang berhantu betul kedai macam ni.

Sama juga dengan kisah yang tulr baru-baru ini dimana gelagat seorang pelajar yang teruja kerana pertama kali membeli-belah di Mr. Dollar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @keroltoothicc, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membeli-belah di kedai Mr. Dollar.

Namun apa yang kelakar adalah salah seorang daripada mereka kali pertama membeli-belah di kedai tersebut kelihatan sangat teruja apabila mengetahui semua barangan hanya berharga dua ringgit sahaja!

“Semua dua ringgit je? murahnya!” jerit pelajar tersebut.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Oleh kerana malu dengan gelagatnya, kawan-kawan lelaki ini meminta dia untuk diam dan ada yang ketawa melihat reaksi lelaki tersebut yang tidak menyangka harga barangan disitu sangat rendah.

Video yang tular di laman TikTok:

@keroltoothicc Bila member kau first time masuk Mr.Dollar #bukanmaen ♬ original sound –

Ketika artikel ini ditulis, rata-rata warga netizen terhibur melihat keterujaan pelajar tersebut membeli-belah di Mr. Dollar.

“Iya bang semua dua ringgit je. Kalau satu bakul tu dua ratus ringgit bang” – Netizen*

Dalam masa yang sama, ramai berseloroh mengatakan mungkin pelajar lelaki tersebut tergolong dalam golongan ‘T20’.

Berikut merupakan komen warga maya:


Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.