“Ibu, dah siap rumahnya..” Shuib Realisasikan Impian Siti Sarah Nak Bantu Mangsa Kebakaran di Kelantan

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Tidak dinafikan, terasa bagaikan baru semalam Bidadari Syurga kepada seorang pelawak terkenal iaitu Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan pemergian penyanyi yang disegani ramai itu.

Seperti yang kita tahu, arwah memang terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati kerana sering menolong orang dalam kesusahan.

Terbaru, Shuib Sepahtu telah memuat naik sebuah video yang ingin membantu mangsa kebakaran di Bachok, Kelantan.

Menerusi kapsyen video tersebut, arwah Siti Sarah ingin menghadiahkan rumah baharu kepada dua keluarga yang terkesan dek kerana rumah mereka yang hangus dijilat api.

Menurut Shuib, perkara tersebut merupakan niat arwah isterinya. Oleh itu, Shuib berusaha untuk memenuhi hasrat arwah isterinya.

Bukan itu sahaja, Shuib turut dikatakan ditemani oleh team Bubblebee dalam penyerahan kunci kepada dua keluarga tersebut.

“Ibu lah yg paling semangat nak sgt bantu 2 keluarga ni utk ada rumah baru. Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan utk penyerahan kunci.

“Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yg merealisasikan impian utk melihat dua rumah ni di bangunkan.

“Ibu.. Alhamdulillah, dah siap rumah nya sayang @sitisarahraissuddin” Ujar Shuib.

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan sifat pemurah siti sarah. Dalam pada rasa sebak, ramai yang mendoakan arwah agar rohnya tenang di negeri abadi.

Berikut merupakan komen warga maya:


Sekadar rekod, terdahulu, Shahmira Muhamad (Shuib) telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Siti Sarah Raissudin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan yang terbaru Ayyash Affan.

Ayyash Affan dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos lalu ketika Siti Sarah bertarung nyawa kerana jangkitan C19 dan beberpa hari selepas itu, Siti Sarah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya.

Siti Sarah, 37, pergi buat selama-lamanya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Allahyarham Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di mana sama dengan ibunya, Allahyarham Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit, disemadikan.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.