“Sempat lagi kalau nak rehearsal ni” Suami Saja Rakam Isteri Tengah Masak, Tapi Lain Pula Yang Jadi Tumpuan Netizen

Bila sudah melayari bahtera perkahwinan, ada sahaja gelagat pasangan yang perlu kita ‘layan’ apatah lagi jika pasangan kita merupakan seorang yang ‘gila-gila’ dan ‘sporting. Sudah pasti riuh satu rumah dan rasa sunyi apabila dia tiada.

Ada antara kita yang mungkin malu bila dihadapan kamera namun oleh kerana pasangan meminta untuk melayan hobi mereka yang suka mengambil gambar dan video, kita perlulah ikutkan saja.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana telatah seorang suami yang merakam isterinya yang sedang memasak di dapur mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok iaitu @asrolhashim, memaparkan isterinya sedang memasak sambal udang petai di dapur.

Namun apa yang membuatkan orang ramai berdekah adalah reaksi isterinya yang seolah-olah terpaksa berlakon melayan si suami yang mungkin sudah beberapa kali mengambil rakaman tersebut.

Tidak cukup dengan itu, netizen semakin trhibur apabila melihat api gas dapurnya juga tidak dipasang namun sang isteri dilihat masih ‘gigih’ mengacau sambal udang itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@asrolhashimMenu makan malam## 11januari 2022♬ original sound – Asrol Hashim

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 800.2K tontonan, 44.5K tanda suka, 2720 komen dan 1709 perkongsian di applikasi Tiktok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi isteri yang bersahaja dan seakan malas melayan suaminya yang ingin membuat video itu.

“Bila kau kena paksa buat content dengan pasangan kau, redha jelah. Sis boleh geng dengan suami Ain Edruce, hahaha sempat lagi kalau nak rehearsal ni bang” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah para netizen turut menyamakan telatah si isteri tersebut dengan Amirul Hafiz Mustaffa yang juga merupakan suami kepada seorang pelakon dan pengacara iaitu Ain Edruce.

Berikut merupakan kmen warga maya:

“bila kena berlakon time hari guru”

“baru lepas gaduh ke”


“api mcm tak hidup je bang”

“sempat lagi kalau nak rehearsal ni bang”

“kena paksa berlakon ke”

“takde semangat ke nak bercakap”

“kak, tangan cekak pinggang please, jangan straight..”

“bila kau terpaksa buat content dengan pasangan ”

“dapur gas 2022 tak perlu api auto masak”

“mesti channel Al-Hijrah”