“Bila adik kau degil…” Gelagat Anjing Tolong Tuan Mandikan Kucing Buat Netizen Berdekah

Memelihara dan merawat haiwan peliharaan di rumah seperti kucing, anjing, ikan hiasan dan sebagainya mungkin jadi suatu hal yang menyenangkan bagi setiap pemilik haiwan peliharaan.

Selain itu, memiliki haiwan peliharaan juga mampu untuk menghalau rasa sunyi seseorang, sekaligus menjadi sebahagian dari keluarga atau sahabat sejati di rumah.

Bagi muslim, kebanyakkannya memang gemar untuk memelihara kucing manakala bagi non-muslim pula, mereka lebih memeilih untuk memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan. Pun begitu, ada juga yang memelihara keuda-duanya sekaligus.

Umum mengetahu, kucing semeangnya tidak suka dan takut akan air. Senang cerita, memang susah bagi pemlik untuk mandikannya sehingga terkadang boleh melompat dan menckar demi melarikan diri.

Sama juga dengan kisah kali ni dimana memaparkan seekor anjing ‘gigih’ membantu tuannya untuk memnadikan kucing peliharaan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @meoww_catt, kelihatan kucing itu cuba melarikan diri dari bilik air itu dan dikejar oleh pemiliknya ini untuk dimandikan.

Tidak lama kemudian, muncul seekor anjing yang dilihat membawa sebuah bakul masuk ke dalam bilik air. Lebih melucukan, kucing itu akhirnya berjaya dimandikan dengan pertolongan anjing tersebut sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Kucing tersebut juga dilihat berada dibawah bakul sambil dipegang oleh anjing ketika tuannya memandikan kucing tersebut. Bukan itu sahaja malah reaksi spontan daripada kucing tersebut yang seakan pasrah dengan keadaan juga sangat mencuit hati.

Video yang tular di laman TikTok:

@meoww_cattt Cats don't want to take a bath and meet helpers, dogs.#🐱 #gato #life #dog #fyp ♬ Ii Yu dana – Kurumi Kobato/Young Fresh

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 17.1 Juta tontonan, 2.4M tanda suka, 19.8K komen dan 98.4K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan kucing tersebut yang gigih lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri namun tewas di tangan anjing tersebut dan dibawa untuk mandi.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga berseloroh mungkin juga anjing itu sudah tahu tugasnya itu setiap kali pemilik mereka mahu memandikan kucing tersebut.

Antara komen warga maya: