“Semoga Dimurahkan Rezeki” Angkat Peti Sejuk Ke Rumah Pelanggan Di Tingkat 4, Pemuda Ini Buat Netizen Kagum

Setiap pekerjaan pun pasti ada cabaran dan dugaan mereka masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sesetengah pekerjaan itu nampak mudah, tetapi hakikatnya pasti banyak yang perlu dilakukan untuk seseorang mencapai ke sesuatu tahap itu.

Namun begitu, mungkin sesetengah dari kita tidak berkongsi kesusahan yang mereka lalui untuk sampai ke tahap tersebut kerana ramai diantara kita memilih untuk berkongsi kegembiraan bersama berbanding keperitan yang dilalui.

Sama juga seperti video mengenai kisah seorang lelaki ini membuatkan netizen terharu kerana dia telah mengangkat sendiri peti ais ke rumah pelanggannya telah mendapat perhatian ramai.

Kuat boleh angkat peti ais seorang diri sampai ke tingkat 4

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk menghantar pesanan peti ais baru ke rumah pelanggannya.

Dalam video tersebut dapat dilihat rumah pelanggannya itu jenis flat dan tidak mempunyai lif. Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan tangga untuk membuat penghantaran ke rumah pelanggan tersebut.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukan mengangkatnya bersama dengan orang lain tetapi hanya berseorangan saja. Dia juga turut menunjukkan bagaimana dia mengangkat peti ais itu sehingga ke tingkat 4.

“Gila kuat punya kudrat. Semoga murah rezeki abang ni” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji ketekunan dia bekerja dan turut mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 150.2K tontonan, 968 dikongsi semula dan 3,245k tanda suka di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman Twitter:

“Murahkan lah rezeki abang ini”

 


Video yang tular di laman Twitter