Gempa Bumi Kuat Landa Maghribi, Lelaki Sempat Selamatkan PS5

Seorang lelaki dikatakan menyelamatkan konsol permainan Playstation 5 (PS5) selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud di Maghribi kira-kira jam 11.11 malam tadi.

Menerusi perkongsian di laman X menerusi akaun pengguna Oussama Larh (@Oussazeus), pengguna terbabit telah memuat naik gambar yang menunjukkan keadaan persekitarannya selepas bencana tersebut berlaku.

Dalam foto itu, beberapa penduduk yang memakai baju tidur berkumpul di jalan dan kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku.

Orang ramai dikatakan telah meninggalkan rumah mereka selepas merasai gegaran gempa bumi.

Menariknya, salah seorang mangsa gempa bumi dalam gambar yang disiarkan Osama dilihat sedang memegang konsol permainan PS5 ketika berada di luar bangunan.

“Lelaki ini meninggalkan rumah dengan Playstation 5 selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi.” tulis Oma.

Juga dalam foto itu, lelaki itu meninggalkan kediaman dengan hanya memakai seluar pendek. Dia juga dilihat memegang konsol permainan berhampiran dengannya.