Tak Mahu Bergerak Dari Motor, Budak Ini Terkedu Kena Tahan Dengan Abang JPJ

Seringkali dapat kita lihat sekarang ramai budak di bawah umur sudah mula membawa motosikal terutama sekali di kawasan perumahan dan juga sekitar kawasan kampung.

Kebiasaannya mereka dalam linkungan 11 tahun dan 15 tahun kebawah sudah mula berjinak membawa motosikal tanpa memakai helmet.

Iospital phone repair gombak

Apa yang dibimbangkan adalah tahap keselamatan mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain. Membawa kenderaan tanpa lesen yang sah dan tidak tahu undang-undang jalan raya antara faktor yang menyumbang kepada kecelakaan jalan raya.

Walaupun mereka membawa motosikal sekitar kawasan perumahan dan kampung sahaja, namun ia turut membahayakan keselamatan mereka dan orang awam.

Disebabkan itu, pihak berkuasa perlu lebih memantau mereka ini. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak yang membawa motosikal tanpa memakai helmet telah ditahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mendapat perhatian ramai.

Duduk keras atas motor sebab tidak mahu ditahan

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang pegawai JPJ semasa itu sedang menahan seorang budak lelaki yang dilihat membawa motorsikal.

Budak berkenaan ditahan mungkin kerana tidak mempunyai lesen dan tidak memakai helmet. Disebabkan itu, mereka cuba mengangkutnya tetapi badan budak itu dilihat keras dan dia  tidak mahu meninggalkan lalu bertindak memeluk motosikalnya.

Pegawai berkenaan memberikan amaran kepadanya untuk tidak melakukannya lagi dan budak tersebut dibenarkan beredar dari situ.

“Mujur tak terkencing kat situ tuan” – Netizen

Sementara itu, menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata wargamaya turut terhibur melihat reaksi budak berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.5M tontonan, 172.3K tanda suka dan 8,536 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

“Bang pucat muke adik tu”


 

 

Video yang tular di laman TikTok :

@mkhusairizack Hari ni kasi chance.. Lain kali jumpa abam lg kau siap dik😂😂#upbterengganu #pakaihelmet #bawahumur #advokasi ♬ Funny – Gold-Tiger