Semangat Membara Sambut Merdeka, Sikap Buang Sampah Merata Masih Kekal

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 tahun ini ini disambut secara besar-besaran untuk diraikan bersama dengan seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menghadiri acara tersebut dengan penuh semangat.

Namun begitu, masih ada rakyat Malaysia yang masih berfikiran ‘tidak maju’ dengan membuang sampah merata tempat di lokasi acara itu berlangsung, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Menerusi video yang tular di laman TikTok pengguna @szrrz, memaparkan suasana selepas berlangsungnya sambutan tersebut dan kelihatan sampah merata-rata bertebaran di atas jalan raya mahupun di longkang-longkang.

Menyedihkan sekali, rata-rata warga Malaysia masih berfikiran cetek dengan membuang sampah sarap merata tempat sehinggakan kawasan tersebut penuh dengan plastik makanan, botol air, kertas yang terbuang dan seumpamanya.

Adakah laungan ‘Merdeka’ itu hanya sekadar sorakan, dan bukan maknanya?

Walaupun pekerja kebersihan melakukan kerja-kerja mereka, kita sebagai manusia seharusnya ada sifat bertimbang rasa terhadap insan yang lain.


Bayangkan beban mereka yang bertambah setiap tahun menjelang sambutan merdeka untuk mengutip sisa yang dibuang oleh orang ramai semasa menyambut ambang merdeka atau selepas perarakan kemerdekaan.

Jika kita tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti mereka, maka sekurang-kurangnya kita boleh cuba bantu dari segi mengurangkan beban mereka dengan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Sekadar info, lebih 70,000 pengunjung yang mengunjungi Dataran Merdeka pada hari semalam untuk menyambut hari yang dinanti-nantikan oleh setiap golongan masyarakat itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah bersepah-sepah di merata tempat dan memberikan idea untuk mengurangkan kegiatan berkenaan.

Bukan itu sahaja, masih ada individu yang mempertahankan tindakan kurang senang itu dengan menyatakan bahawa tidak nampak sebarang tong sampah dan orang terlalu ramai.

Antara komen netizen:

“minda belum merdeka”

“patut amalkan lepas event brsihkan sama2….mungkin klo ade yg mulakan yg lain akan ikut sama…”

“bab ni belom merdeka..semangat membara..tapi..hurmmm”

“Ramai sgt…nak buang pun payah ..”

 

 

Video yang tukar di laman TikTok:

@szrrz post-event 🙁 #merdeka2022 ♬ original sound – Music lover – 🎶🎵MusicLover 🎵🎶