Bangga Tayang Dapat Satu Beg ‘Salted Peanuts’, Perkongsian Azfar Heri Udang Pertikaian Warganet

Siapa tidak kenal dengam Azfar Heri atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam yang juga merupakan seorang influencer terkenal dan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.

Manakan tidak, gelagatnya yang ‘masuk air’ dan lucu itu sememangnya membuatkan ramai terhibur!

Seperti yang kita tahu, apabila menaiki penerbangan Malaysia Airlines, penumpang akan diberikan ‘Salted peanut’ dan jus oren secara percuma malah makanan ringan tersebut juga memiliki peminatnya yang tersendiri dek kerana keenakkan rasa kacangnya itu.

Pun begitu, baru-baru ini Azfar Heri menjadi bualan ramai apabila dikatakan bangga menayang satu bungkus plastik yang dipenuhi pek kacang Malaysia Airlines mencuri perhatian ramai.


Menerusi perkongsian tersebut, Azfar memaklumkan dirinya terkejut melihat satu bag plastik yang dipenuhi makanan ringan tersebut apabila terjaga daripada tidur.

“Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus”

Bila ditanya pada pramugari, rupa-rupanya makanan tersebut memang disediakan untuk dirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dan mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman masing-masing menaiki Malaysia Airlines dan ada yang memaklumkan mereka juga pernah diberi pek kacang tambahan.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: