Rosmah Mansor Disabit Bersalah Atas 3 Pertuduhan Rasuah, Gagal Buktikan Keraguan Munasabah

Kecoh didada akhbar dan media sosial kini dimana Hakim Mahkamah Tertinggi Kuala Lumpur memutuskan isteri kepada salah seorang bekas perdana menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah dalam perbicaraan hibrid solar bernilai RM1.25 bilion melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Bukan itu sahaja, Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam menyampaikan keputusan memutuskan bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan.

Perbicaraan itu telah berlangsung selama 40 hari dengan 23 saksi pendakwaan memberi keterangan, termasuk bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai saksi bersama dua bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Madinah Mohamad, Datuk Seri Alias ​​​​Ahmad, dan bekas Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid .

Saksi pendakwaan utama yang lain ialah bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin, dan bekas rakan kongsi perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin.


Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, Nadia Mohd. Izhar dan Poh Yih Tinn.

Difahamkan bahawa Rayyan dan Ahmed Farriq telah menemani Saidi pada majlis berasingan untuk menghantar wang kepada Rosmah di kediaman peribadi dan rasminya.

Sebelum ini, Hakim Zaini menolak usul Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mempengerusikan perbicaraan sebelum beliau menyampaikan keputusannya pada hari ini.

Sekadar Info, Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar.

Memetik laporan Metro, Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta