“Semakin lama, semakin sukar untuk saya mengawal..” Remy Ishak Jumpa Doktor Kerana Kemurungan

Pelakon Remy Ishak mengaku kemurungan hingga terpaksa mendapatkan nasihat doktor ekoran lama terperap sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau dinasihatkan tidak tinggal bersendirian

Hero drama Bukan Gadis Biasa itu dinasihatkan tidak tinggal bersendirian kerana bimbang gangguan emosi dan mental bertambah buruk.

Menerusi surat dikeluarkan doktor, Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak memohon kebenaran pihak berkuasa untuk pulang ke kampung halaman di Melaka.

Menurut pelakon kegemaran ramai itu, tidak ada apa yang hendak disorok mengenai kemurungan yang dialami.

Saya tinggal sendirian

Menurut beliau, perkara tersebut harus dikongsi untuk panduan masyarakat kerana disyaki ramai mengalami masalah sama sejak PKP dilaksanakan.

“Saya tinggal sendirian. Apabila terlalu lama tidak keluar bekerja dan berjumpa orang, saya jadi murung”.

“Apatah lagi saya single, mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu”.

Semakin lama, sukar untuk saya kawal perasaan

“Saya cuba untuk kuat, berfikiran positif dan memperbanyakkan membaca bagi menenangkan fikiran.

“Namun, perasaan itu tidak boleh bertahan lama. Semakin lama, semakin sukar untuk saya mengawal perasaan”.

“Jadi, saya buat keputusan mendapatkan nasihat doktor. Malah, syarikat pengurusan turut menyokong tindakan saya itu,” lapornya kepada BH Online.

Remy bersyukur kemurungan dialami bukan tahap teruk

Selain itu, Remy turut bersyukur tahap kemurungan yang dialami oleh beliau bukan pada tahap teruk.

“Tetapi doktor tidak membenarkan saya tinggal bersendirian. Jadi saya meminta kebenaran pulang ke kampung untuk bersama keluarga”.

“Jadi saya ada ibu, adik dan anak buah yang boleh saya berinteraksi berdepan berbanding melalui telefon bimbit sahaja,” katanya yang kini berada di kampung halaman sejak Ahad lalu.

Jadual tidur yang berubah turut mengganggu emosi

Pelakon yang mencipta nama melalui filem Anak Halal pada 2007 berkata, biarpun sering berinteraksi dengan peminat melalui Instagram Live, perasaan itu tidak sama.

Tambah beliau lagi, jadual tidurnya yang berubah sejak PKP dilaksanakan turut mengganggu emosi.

Saya sudah lama berhasrat mahu pulang ke kampung

Ujarnya lagi, biarpun sudah lama berdepan masalah kemurungan, baru sekarang dia pulang ke kampung kerana tidak mahu membahayakan kesihatan ibu yang sudah berusia.

“Rehat terlalu lama membuatkan tubuh penat lalu murung. Saya sudah lama berhasrat pulang ke kampung”

Namun, memikirkan Kuala Lumpur dan Selangor mencatat jumlah jangkitan COVID-19 tinggi, saya terpaksa menangguhkan hasrat itu,” katanya.

Ujar pelakon ini lagi, di kampung dia lebih selesa berehat di rumah biarpun kerajaan sudah memberi banyak kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Remu turut menyeru orang ramai patuhi SOP ketika pulang ke kampung

Disamping itu, pelakon berusia 38 tahun ini turut menasihati orang ramai agar beringat dan berhati-hati hati biarpun kerajaan sudah memberi kelonggaran untuk merentas negeri.

Menurut beliau, tiada masalah untuk bercuti atau pulang ke kampung tetapi sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Selain itu, menyentuh mengenai kerjaya lakonan, Remy berkata, dia akan kembali bekerja pada 20 Jun ini.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada Remy Ishak dan mendoakan pelakon ini kembali sihat.