[VIDEO] Sebak, Reaksi Terkejut Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab

Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan yang merupakan seorang pelakon kini tampil manis berhijab.

Pelakon ini kelihatan manis dan sopan dengan penampilan berhijabnya mendapat reaksi positif dari netizen.

 

View this post on Instagram

 

Dinner makan apa tu semua? Kila dah minum @kilafit pagi tadi, so makan Kari Salmon pun takpe! Hehehe 🙈

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Mengaku beliau telah berhijab

Malah rakan artis turut sama tumpang gembira dan mendoakan agar anak gadis penyanyi senior, Rohana Jalil ini terus istiqamah.

Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain, dia yang mesra disapa Kila menerusi satu perkongsian video berkongsi reaksi ayahnya mengenai penghijrahan beliau.

 

Terharu kerana perubahan itu membuatkan kedua orang tuanya gembira 

Menerusi video di Instagram dan YouTube memaklumkan, beliau turut terharu kerana sekurang-kurangnya perubahan yang dilakukan mampu membuatkan kedua orang tuanya gembira.

Video tersebut memaparkan reaksi kali pertama bapa tersayang melihat penampilan berbezanya itu.

 

Bapa saya yang paling sensitif

“Bapa saya yang paling sensitif, berbanding ahli keluarga yang lain. Saya dan bapa, kami ni macam Hindustan sikitlah. Jadi bila kami saling berpelukan, mata berkaca dan tersentuh”.

 

View this post on Instagram

 

He’s stuck at his kampung. Miss you, Papa 🥺

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

“Saya terharu sebab sempat tengok bapa saya gembira. Kedua orang tua gembira,” antara kata Kila menerusi video pertama yang dikongsikannya menerusi YouTube itu.

Netizen doakan Kilafary terus istiqamah

Klip video tersebut yang kini sudah ditonton lebih 60,000 kali itu, bapanya kelihatan terkejut pada awal dan gembira dengan penampilan terkini anaknya lalu.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang tersentuh dan rasa sebak dengan reaksi spontan dua beranak berkenaan.

Rata-rata netizen turut mendoakan semoga Kilafary terus istiqamah dalam perjalanan penghijrahan beliau.