Menginjak Usia 40 Tahun dan Disoal Tentang Zuriat, Elly Mazlein Beri Penjelasan

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang terkenal di Malaysia.

Elly sedia menerima cahaya mata pada bila-bila masa

Digelar selebriti serba boleh, Elly yang kini berusia 40 tahun tidak meletakkan sebarang perancangan keluarga.

Beliau yang dilihat bahagia disamping suami tercinta, Mohammad Azlan Che Noh, 30, yang dinikahinya pada 18 Januari lalu, Elly bersedia untuk menerima cahaya mata pada bila-bila masa.

Kita usaha sampai dapat, doakan ya

Selain itu, menurut pelakon Kampung Peopla ini apabila disoal mengenai zuriat beliau turut meminta peminat mendoakan dikurniakan rezeki ke arah itu.

“Saya tak rancang apa-apa dalam keluarga. Soal anak, ada rezeki, syukur Alhamdulillah.

“Kalau tak ada, kita usaha sampai dapat, Insya-Allah, doa-doakan ya,” kata Elly kepada Gempak.

Saya tidak sabar beraksi semula 

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Elly tak sabar mahu memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People musim kedua.

“Drama bersiri ini banyak menerima respon positif. Saya sangat gembira. Sudah tentu saya tak sabar untuk beraksi semula dalam naskhah berkenaan”.

Peminat teruja dan tertunggu sambungan Kampung People

“Ketika saya letakkan teaser di laman Instagram, rata-rata peminat juga teruja dan tertunggu-tunggu sambungan karya terbabit,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Family minah selamat #kampungpeople #AbsolutelyCorrection . #Repost @rashidi_ishak (@get_repost) ・・・ Rindu kami tak? Hehehe. Siang tadi di set Studio Drama Sangat. . ‘Kampung People’ yang disayangi ramai. Terima kasih di atas sokongan korang kat kami. Sungguh, kami rasa sangat2 ‘humbled’ dan terharu! . . . Harap semua orang enjoy tengok kerenah ‘Kampung People’. . . ‘Kampung People’ episod terakhir hari rabu, 8hb januari, pukul 9 malam di TV3. . Arahan: @wanhaslizawz Terbitan: @klmotionpicturecompany Lakonan: @iamellymazlein @rienadiana_ @kamaruleqif @_nam_ron_ @razak5780 @haeriyantohassan @hunhaqeem @shahkimin @nazeri_mdisa @shahrilsarjen @azwan_serigala @fizzfairuzofficial . . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) on

Antara barisan pelakon Kampung People yang turut dijayakan oleh Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.

Semoga segala persoalan netizen mengenai zuriat terjawab dan semoga Elly Mazlein dimurahkan rezeki zuriat.