“Selfish!” Lipat Baju Depan Mesin Pengering, Tindakan Pentingkan Diri Wanita Ini Undang Kecaman Netizen!

Servis dobi “ekspres” atau dobi layan diri wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.
Iospital phone repair gombak
Namun pun begitu, kita sedia maklum setiap peralatan elektrik mempunyai cara penggunaannya sendir terutamanya mesin pengering pakaian yang jelas menjimatkan masa kita daripada perlu menyidai pakaian.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter itu, kelihatan wanita tersebut melipat pakaiannya dengan sangat perlahan di hadapan mesin pengering.

Berang dengan tindakan itu, seorang wanita yang sedang menunggu ‘turn’ menegur pengguna itu untuk melipat baju di atas meja bukannya di hadapan mesin pengering terbabit kerana orang lain juga mahu menggunakan mesin itu.


Pemilik video tersebut juga memaklumkan dia mempunyai pakaian yang agak banyak namun perkara tersebut tidak dilayan oleh wanita itu dan tetap bersikap keras kepala malah dengan selamba meneruskan melipat baju serta memasukkannya di dalam plastik hitam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri wanita itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan seharusnya wanita itu peka bahawa bukan dia sahaja pelanggan di kedai dobi layan diri tersebut.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: