“Kelantan maju” Siap Ada Aircond & Tv, Lelaki Ini Teruja Tengok Tandas Mewah Di Stesen Minyak!

Selalunya apabila kita masuk ke dalam tandas, apa yang kita nampak adalah singki, jamban tisu dan juga cermin.
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi bila pergi ketandas awam, terkadang ada juga segelintir yang tidak terjamin tahap kebersihannya terutamanya di kawasan perkampungan.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi pengalaman memasuki tandas awam di stesen minyak di Kelantan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lynsopan1911, kelihatan tandas awam yang dia masuk sangat bersih.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah di dalam tandas itu dilengkapi dengan aircond dan televisyen. Di luar pula, ada air panas dan sejuk untuk pengunjung. Bukan setakat bersih, malah mewah!


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat tandas awam yang mewah itu apatah lagi ianya percuma dan tidak perlu dibayar!

“Aku tak kisah pasal tandas, yang aku tak habis fikir suara tu tak sama dengan yang real” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang bukan sahaja kagum melihat dekorasi tandas berkenaan malah terhibur dengan suara tukang rakam yang pada awalnya disangka lelaki tapi rupa-rupanya wanita!

Antara komen warga maya:

“Tak masalahnya aku ingat owner ni lelaki”

“Tu pun cakap kelantan tak maju.. entah apa2 tah orang ni.. kemon la.. this is kelantan..”


“Adakah aku tengah masuk tandas istana sekarang ni???”

“Uish toilet KLCC pun tak macam ni”

“Akak.. 1st impress dengan tandas.. lepas tengok cermin tandas tu dah tak penting, suara akak lagi penting”

“Hahahaha gila2 punya toilet fisrt time tengok toilet ada TV ada aircond”

“Kalau aku masuk 3 jam tak keluar ni..”

“Wow, dahsyat tandas dia taraf bangsawan.. boleh tidur situ cantik sangat”


Video yang tular di laman TikTok:

@lynsopan1911 skrg yakyak aku hilang mnaa pergi entah🤣🤣🤣#kelantanviral #tandasawam #yakyak#fyp ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey