“Self service betul” Beli Mi Goreng Basah Tapi Bungkus ‘Basah’ Asing Undang Dekah Netizen

Banyak cerita lucu yang kita sering dengar di media sosial mengenai penghantar makanan mahupun keadaan makanan yang sampai kepada penerima.

Terdahulu, tular tentang seorang wanita yang membeli mi segera atas talian dan akhirnya dapat mi segera DIY dimana ianya belum dimasak dan perlu dimasak sendiri. Malah dalam masa yang sama penjual turut memberikan bahan-bahan untuk memasak maggie termasuklah air kosong. Memang berdekah!

Tapi apa pula kali ini? terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana dia membeli mi goreng basah di atas talian mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kikiakim, kelihatan dia membeli mi goreng basah di sebuah kedai yang tidak dinyatakan dimana tapi apa yang dia dapat cukup mengejutkan.

Dapat kita lihat, dia mendapat mi yang belum dimasak dan satu plastik kuah pekat dan katanya penjual itu bungkus ‘basah’ asing.

“mi goreng basah (basah asing). boleh try la buat buka puasa nnti” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@kikiakim mi goreng basah ( basahasing). bleh try la buat buka puasa nnti #myfoodie #makanmakantiktok #resepibaru ♬ original sound – Kiki Akim

Ketka artikel ini ditulis, video pendek berdurasi 12 saat itu telah meraih 224.2K tontonan, 7674 tanda suka, 300 komen dan 142 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi lelaki ini apabila menerima bungkusan tersebut dan dalam mas ayang sama para netizen juga mengambil perkara tersebut pada sudut positif dimana menganggap penjual itu melakukan sebegitu kerana tidak mahu mi menjadi kembang apabila bercampur dengan kuah.

Berikut antara komen menarik warga maya:

“Ni mesti tak bayar dia upah masak kan?? Sebab tu dia dendam. Dia masak asing”

“Niat dia betul dah. Mee goreng basah bungkus, balik rumah kuah kering mee bengkak”

“Memang macam tu pun sebab tak nak mee kembang”


“Instant ni bang. 2 minit je cepat dimasak sedap dimakan”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.