Beli Mee Segera Bungkus Atas Talian, Rupanya Kena Masak Sendiri Buat Netizen Terhibur

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat,Shopee Food dan banyak lagi.

Banyak cerita lucu yang kita sering dengar di media sosial mengenai penghantar makanan mahupun keadaan makanan yang sampai kepada penerima.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita membeli maggie bungkus secara atas talian namun lain pula yang diterimanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang penggua TikTok iaitu @agathafebryyy, gadis itu memberitahu dia telah membeli maggie tersebut secara atas talian memandangkan dia tidak dapat memasak di rumah.

Namun dia terkejut apabila yang tiba adalah maggie ‘diy’ dimana ianya belum dimasak dan perlu dimasak sendiri. Malah dalam masa yang sama penjual turut memberikan bahan-bahan untuk memasak maggie.

Apa yang lebih melucukan adalah penjualturut memberikan sebungkus air panas untuk memudahkan gadis itu memasak maggie tersebut.

Ada juga yang menganggap mungkin juga penjual tidak mahu maggie yang diterimanya itu kembang dan tidak sedap untuk dimakan. Oleh itu, penjual itu menyediakan konsep DIY dan membantu gadis itu menyiapkannya sendiri dengan bahan-bahan tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@agathafebryyykonsepnya memang: DIY

♬ Dominique Koplo – Yofve Squidward

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 236.5K tanda suka, 2862 komen dan 2682 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan penjual tersebut yang selamba menjual maggie berkonsepkan diy yang perlu dibuat sendiri.

Malah dalam masa yang sama, Ada juga yang menganggap mungkin juga penjual tidak mahu maggie yang diterimanya itu kembang dan tidak sedap untuk dimakan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Hah ada air.”

“Mungkin takut kuahnya tumpah.”

“Orang zaman sekarang kreatif sekali.”


“Mind blowing sekali konsepnya.”