Selepas Aksi Bahaya Basikal Lajak, Remaja Baring Atas Jalan Raya Buat Netizen Berang

‘Darah muda’ menyebabkan remaja cenderung melakukan perkara diluar jangkauan orang ramai tanpa menilai baik buruk sesuatu perkara tersebut apatah lagi jika bersama kawan-kawan. Makin naik ‘sheikh’ dibuatnya.

Sedih melihat generasi kini yang seolah-olah hilang kewarasan dan sengaja mengundang bahaya kepada diri sedniri dan juga orang lain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang remaja lelaki dikatakan baring di atas jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @JackyGee10, remaja lelaki tersebut dilihat berbaring disebuah jalan raya yang tidak diketahui lokasinya sebelum sebuah kereta datang menghampiri mereka namun sempat mengelak.

Kedengaran juga suara perakam meminta sekumpulan remaja itu terus berbaring meskipun melihat kelibat sebuah kereta melalui jalan itu.

Lebih biadap, meninjau sebuah lagi video, kelihatan remaja tersebut melemparkan batu kepada kereta yang melewati jalan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja tersbeut juga merosakkan barangan kedai runcit yang berada di sekitar itu dan dengan bangganya membuat video tersebut.

Video yang tular di laman Twiter:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 116.1K tontonan, 4058 ulang kicau dan 2635 tanda suka di applikasi Twitter.

Menjengah pendapat Warga TikTok, rata-rata netizen berang dengan sikap remaja tersebut yang seolah-olah tidak sayang nyawa dan sengaja merosakkan harta benda orang lain.

Berikut merupakan reaksi warganet: