“Meriah!!” Bawa 4 Bini & 15 Anak Beli Baju Raya, Sikap Adil Lelaki Ini Buat Netizen ‘Salute’

Poligami bukalah satu perkara yang mudah malah tidak semua daripada yang berpoligami mampu untuk berlaku adil sehingga ada yang menyebabkan penceraian.

Isu berat sebelah memang banyak dikalangan suami, terkadang yang berpoligami 2 isteri pun sudah memeningkan, apatah lagi 3 dan 4.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang berstatus suami kepada 4 orang isteri tercinta membuktikan bahawa ada lelaki yang mampu berlaku adil dan melayan anak-anak sama rata serta tidak ‘pilih bulu’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ fazlin775, kelihatan dia membawa ahli keluarganya untuk pergi membeli baju raya.

Pun begitu, apa yang membuatkan netizen kagum adalah dia membawa 13 orang anak nya dan juga 4 orang isterinya untuk membeli keperluan raya.

“bila kau bawa 13 orang nak 4 orang isteri pergi jakel beli baju-baju raya.. dan macam trip company jalan-jalan” ujarnya.

“baba tak rasa macam berjalan dengan anak-anak.. terasa macam berjalan dengan kawan-kawan bila anak-anak kau semua dah besar..” ujar ayah kepada 15 orang anak dan suami kepada 4 orang isteri ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@fazlin775Assalammualaikum….♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

@fazlin775Assalammualaikum…♬ suara asli – 💞.asri0946.💞 – 💞@RSF 0946.💞

@fazlin775Assalammualaikum…..♬ Menuju Syurgamu – EL-Banat

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 447.7K tontonan, 28.9K tanda suka, 1439 komen dan 805 perkongsian di applikasi TikTok.

“sebelum bertolak memana, kira dulu bang, kang tak cukup ahli” -Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang bahagia melihat keluarga besar lelaki tersebut malah kagum dengan cara lelaki ini berlaku adil kepada keempat-empat isteri dan 15 orang anaknya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“lawatan sambil belajar ni..”

“tahniah bang anda sungguh berani dan adik saksama patutlah 4 isteri sayang serta anak-anak..”

“balik kg confirm meriah.. 1 keluarga je dah cukup meriah..”


“balik shopping tukar ringtone lagukris dayanti.. layan lagu menghitung hari..”

Meriah betul! semua dah besar dah boleh buat kawan.. semoga bertambah rezeki abang ni asbab berlaku adik pada isteri dan anak-anak..