Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki, Akhirnya Lelaki Ini Tiba DI Tanah Suci Mekah Untuk Tunaikan Haji

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.

Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.

Namun lain pula dengan kisah seorang lelaki berusia 52 tahun ini dimana dia berjalan kaki selama 11 bulan untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Jemaah yang dikenali sebagai Adam Muhammad yang juga Warga Britain berasal dari Kurdistan itu menyempurnakan perjalanan sejauh 6,500 kilometer (km) dari Wolverhampton, Britain ke kota Makkah di Arab Saudi.

Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya.

Difahamkan, dia memulakan misi tersebut dengan membawa sebuah troli yang juga digunakan sebagai tempatnya berteduh.

Perjalanannya berjalan kaki itu juga turut disertai oleh seekor anjing jalanan yang dijumpainya di Serbia sebelum ini.

Perjalanannya melalui sembilan negara, untuk sampai ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Sepanjang perjalanan, dia melalui Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum memasuki Arab Saudi.

Menurut Adam, dia mengharungi pelbagai rintangan dan kesukaran dalam perjalanan yang penuh cabaran, termasuk cuaca buruk.

Setibanya di Makkah, dia berkata, “Haji adalah keinginan saya yang paling tinggi dan impian teratas saya,” katanya.

Menurut Sumber, Adam berkata dia bangun pagi suatu hari dan berhasrat untuk berjalan kaki bagi menunaikan haji dan dia berjaya melakukannya.

Sampai sahaja di Mekah, dia kelihatan tidak dapat menahan sebak apabila penantiannya selama11 bulan kini berakhir dan mampu menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Sepanjang perjalanannya itu, beberapa individu sempat membantu menolak trolinya itu bagi membenarkan lelaki itu berehat selepas sekian lama berjalan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang turut mengikuti perkembangannya selama ini juga turut berasa sebak apabila misinya untuk ke tanah suci dengan berjalan kaki berakhir malah dalam masa yang sama netizen kagum melihat kejayaan lelaki tersbeut yang berjaya menjejakkan kaki ke kota mekah.

Antara komen warga maya:

“Kalau Allah dah jemput kita, tak kiralah dengan jalan kaki sekalipun akan tiba juga.”


“Dia dah sampai ke tanah suci dari negara dia berjalan kaki. Berjalan beribu-ribu kilometer guna kaki, tolak stroler…”



“Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Saya mengikuti beliau dalam perjalanan ke mekah.”


“Siapa yang ikut kisah uncle Adam dari awal dia gerak dari UK serius mesti rasa nak nangis…”

Video yang tular di laman TikTok:

@kk.8486 Mashallah #☝️ #fyp #uktomeccabyfoot #foryou #2022 ♬ original sound – To go Mecca by foot

@kk.8486♬ original sound – To go Mecca by foot