“Comel Je Kecik Gitu…” Gadis Terkedu Bila Durian Tapi Dapat Isi Sebesar Kismis

Musim durian datang lagi, kalau kita perhatikan sekarang ini banyak pelanggan yang pakat serbu durian kerana sememangnya di Malaysia ramai yang merupakan ‘hantu’ durian.

Pantang sebut nama ‘durian’, pasti ramai yang sanggup beratur untuk membelinya.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pelanggan ini rasa tertipu apabila melihat isi durian yang dibelinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jieyhaaaa__, dapat kita lihat seorang gadis sedang membuka buah durian.

Namun, apa yang membuatkan ramai terkedu apabila melihat isi durian yang sebesar kismis sahaja.

Bukan hanya sedikit malah keseluruhan isi durian yang dikupasnya itu bersaiz begitu kecil sekali menyebabkan gadis itu berasa kecewa melihatnya. Turut dapat dilihat, isi durian yang berada dalam saiz yang terlalu kecil tidak setimpal dengan harga yang dibeli.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib wanita itu yang membeli durian mahal-mahal namun yang dapat adalah isi durian bersaiz manik.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga terhibur dengan bentuknya yang kecil dan comel malah tidak kena dengan saiz luarannya yang begitu besar.

Netizen juga sempat berseloroh mengatakan durian itu sendiri ‘confuse’ ianya buah apa kerana tidak kelihatan seperti durian.

Antara komen warga maya:
“Comel je kecik gitu hahahaha.”

“Durian tu pun konfius, sebenarnya dia buah apa.”


“Kalau beli durian, memang kena mintak bukak dekat situ jugak and check. Jangan beli terus.”

“Maafkan saya sebab tergelak dengan manik durian anda.”

Video yang tular di TikTok:

@jieyhaaaa__ #viral #fyp ♬ original sound – Nor Syamila