Selamba Pegang Janggut UIA Lepas Salam, Reaksi ‘Usya Panas’ Bodyguard Curi Tumpuan Ramai

Siapa tidak kenal dengan penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus yang bukan sahaja santai dalam memberi hujahnya namun dia juga merupakan seorang yang kelakar dan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar ceramahnya tidak merasa bosan apatah lagi mengantuk.

Baru-baru ini, tular di mana seorang lelaki kelihatan sangat teruja berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI.

Manakan tidak, lelaki itu selamba memegang janggut pendakwah tersebut selepas bersalaman dengannya dan difahamkan situasi lucu itu berlaku selepas selesai sesi ceramah bersama UAI di sebuah masjid.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fyfadhaus, Orang ramai yang hadir ke majlis tersebut tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan UAI sebelum datang seorang lelaki yang bertindak memegang janggut.


Namun apa yang lebih melucukan adalah reaksi ‘bodyguard’ UAI yang menjeling tingkah laku lelaki tersebut malah dia juga seakan tidak berpuas hati dengan cara lelaki itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat situasi tersebut dan beranggapan mungkin lelaki itu sangat teruja apabila melihat penceramah bebas itu berada di depan mata apatah lagi bila dapat bersalaman dan memegang janggutnya itu.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap UAI yang tidak kisah janggutnya disentuh oleh orang yang hadir di situ.

Antara komen warga maya:

“Dengar cita sapai sekarang bodyguard tu masih usya budak tu”

“Bukan.. kita takut kalau dia ada niat jahat.. kuku.. bulu.. rambut.. bahaya tau.. boleh digunakan untuk sihir yang paling…”


“Abang tu takut brader pegang janggut tu adacalit apa apa kot tu yang dia usya”

“Nak tengok janggut ustaz ori ke tidak..”

Video yang tular di laman TikTok:

@fyfadhaus Hahahahahah selamba dia je pegang janggut UAI😂 #UAI #taiping #fyp ♬ bunyi asal – FyfaDhaus