Berjaya Keluarkan Bas Dikawasan Sempit, Kehebatan Pemandu Ini Buat Netizen Kagum

Membawa bas, lori ataupun treler bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan hanya pandangan terhalang dengan titik buta yang sangat berbahaya malah saiznya yang besar dan panjang itu juga memerlukan teknik khas untuk mengendalinya apatah lagi di ruangan yang sempit.

Manakan tidak, jika tidak kena dengan cara, pasti akan berlanggar dengan kenderaan lain ataupun terbabas ke bahu jalan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, kelihatan orang ramai mengerumuni sebuah bas yang sedang sehabis baik cuba membelok di antara kepadatan kenderaan yang diletakkan pada parkir kawasan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syazwana.izy, difahamkan kejadian berlaku gara-gara ada sebuah Proton Saga double park pada bahagian kanan bas, pemandu itu tidak dapat membelok kerana bahagian belakang bas terlalu rapat dengan kereta Saga tersebut.

Disebabkan keadaan semakin riuh, orang ramai bagaimana pun turun membantu bas tersebut dengan memberikan arahan untuk bas itu dikeluarkan.

Tidak lama kemudian, datang pemilik Perodua Kancil datang mengalihkan kenderaannya untuk memberi ruang kepada bas membelok dengan lebih mudah lagi.


Dikatakan, kejadian tersebut berlaku di Cameron Highland dan video dirakam oleh salah seorang pengunjung pusat peranginan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen salute dengan pemandu bas tersebut yang kekal tenang mengeluarkan kenderaan yang besar itu dikawasan yang agak sempit.

Bukan itu sahaja, netizen juga terhibur dengan suara latar yang agak panik melihat keadaan bas itu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sesuai apatah lagi ‘block’ kenderaan yang lain.

Antara komen warga maya:

“Focus dekat suara latar.. aduuu terhibur laa”

“Cabaran ada di mana mana”


“Tapi pape pun memang power la abang driver bas ni… berani & yakin…”

“Respect la dengan driver bas ni.. orang nya sangat2 sabar..”

Video yang tular di laman TikTok:

@syazwana.izyOnly in Cameron 😂

♬ original sound – izy