Selamba Bentang Tikar & Berkelah Di KLIA, Tindakan Keluarga Ini Undang Kecaman Netizen

Jika diimbas kembali, terdahulu pernah tular satu ‘trend’ dimana ramai daripada anak muda berkelah dan makan mi segera di Genting Highland.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular lagi sebuah video dimana sebuah keluarga kelihatan sangat santai makan di atas lantai ruangan menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @arfdy12, kelihatan mereka siap meletakkan tikar seperti sedang berkelah di tepi pantai.


Perkara tersebut sekaligus memberikan rasa kurang senang pada pengunjung dan dikhuatiri ianya akan menjadi satu ‘trend’ kelak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya seakan tidak menghormati orang lain yang turut berada di situ.

Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan bahawa ruangan menunggu KLIA bukan lah satu tempat yang sesuai untuk berkelah sesama keluarga memandangkan ramai yang lalu lalang dan sebagainya.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: