“Janji 100 ribu pengunjung..” Peniaga Sedih Terpaksa Buang Barang Jualan Gara-Gara Pengunjung Lepas Tangan

Apabila sebut tentang sesuatu event yang melibatkan peniaga yang ramai, pastinya penganjur perlu menitik beratkan soal marketing supaya kedua-duanya memperoleh keuntungan dan bukanlah sekadar lepas tangan.

Bukan itu sahaja, bilangan pengunjung juga amat penting bagi melancarkan lagi program yang diadakan.

Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga terpaksa membuang barangan jualannya gara-gara sikap penganjung yang lepas tangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdfitriomar, dapat kita lihat dia terpaksa membuang beberapa jenis air balang yang masih lagi banyak.

Difahamkan, sewa bayaran tapak event tidak berbaloi kerana penganjur sebenarnya menjanjikan market pengunjung yang datang seramai 100 ribu pengunjung. Tetapi pada hari kejadian, tidak sampai 20 ribu pengunjung yang datang.


“Nasib peniaga air balang macam kami. Masuk satu event janji 100 ribu orang datang. Tapi yang datang tak sampai 20 ribu orang pun. Sewa pun mahal orang yang datang pun tak ramai.

“Sedih tengok pekerja buang air tadi. Sampai sekarang pihak penganjur senyap tanpa kata-kata apa. Harap ada sinar sedikit untuk peniaga macam kami,” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap penganjur dan dalam masa yang sama simpati dengan nasib peniaga kecil.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut berharap agar semua peniaga yang terlibat bersabar dengan apa yang telah berlaku.

Antara komen warga maya:

“Betul tu bro.. saya pun pernah merasa dalam situasi macam tu jugak.. tambah2 lagi bila tapak disewa.. kadang2 terfikir kita nak dapat hasil macam mana sehari”

“Sabar ya bang.. insyaallah ada rezeki lain masuk pula..”


“Betul tu bang.. baru habis event 10 hari.. depan belakang kiri kanan semua jual air balang bang.. nasib badan..”

“Dugaan berniaga ada pasang surut..harap owner tabah dan sabar..”

“Risiko main event memang macam ni bang.. sebab kita tak boleh jangka orang ramai datang ke tak.. dengan ekonomi sekarang.. ramai  terkesan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mohdfitriomar NASIB PENIGA AIR BALANG MCM KAMI #airbalang #sedihbanget😭😭😭 ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio