Selamba Bancuh Air Guna Air Paip, Tindakan Peniaga Ini Undang Kritikan Netizen

Tidak dinafikan, air balang merupakan tarikan yang paling mencuri perhatian ramai apabila adanya sebarang festival.

Manakan tidak, warnanya yang berwarna warni dan beraneka perisa, sudah pasti menarik minat pembeli untuk mencubanya sekaligus untuk menghilangkan dahaga selepas penat berjalan.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan aksi seorang peniaga air balang yang menggunakan air paip untuk membancuh minuman di gerainya mengundang kritikan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @monkeykingasia di TikTok, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah festival makanan di Kuching, Sarawak.

Dapat kita lihat pada awalnya mereka menyediakan beberapa balang untuk menyediakan air untuk pelanggan yang hadir.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila dia selamba menarik air paip lalu meletakkannya ke dalam balang air itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan peniaga yang sambil lewa menyediakan minuman untuk dijual.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang akui geli melihat video tersebut malah menyifatkan bahawa perkara itu sudah lama dilakukan namun sebelum ini tidak pernah tular.

Ramai juga yang mendakwa mereka tidak pernah beli minuman seperti itu di festival ataupun pasar malam kerana risau akan perkara tersebut.

Antara komen warga maya:

“sebenarnya isu macam ni memang dah lama, cuma bezanya dulu tiada kamera untuk merakam”

“alhamdulillah selama meniaga memang saya masak air berperiuk2”


“semoga KKM Sarawak ambil maklum dan buat tindakan susulan”

“sebab tu la parents larang sangat2 kami beli air macam ni”

“that’s why tak beli air kat pasar malam”

Video yang tular di laman TikTok:

@monkeykingasia #kuching festival #kuchingsarawaktiktok ♬ Original Sound – Unknown